March 7th, 2019

Menerusi laman Facebook, seorang lelaki yang merupakan bekas pemandu kepada Rozita Che Wan yang baru dua bulan bekerja dengan selebriti popular itu mendakwa gajinya tidak dibayar seperti yang dijanjikan.

Individu tersebut memberitahu beliau terpaksa membuat luahan itu secara umum kerana sehingga kini isu berkenaan gajinya itu masih belum dapat diselesaikan dan timbul pelbagai salah faham. Lelaki ini turut menyertakan beberapa bukti perbualan bersama pembantu peribadi Che Ta berkenaan permohonan pembayaran gajinya itu.

Perkara itu menjadi viral di laman sosial sehingga ada netizen mengecam Che Ta mampu untuk hidup mewah tetapi enggan membayar gaji lelaki tersebut.

Bagaimanapun, Che Ta menerusi Insta Stories di Instagram tampil menyelar kenyataan bekas pemandunya itu dan mendedahkan sikap bekas pemandunya itu yang bermasalah serta membuat kerja sambil lewa.

Apa-apa pun, kami harap isu yang timbul antara mereka berdua ini dapat diselesaikan dengan baik. Kadang-kadang bila muat naik kenyataan di media sosial ia hanya memburukkan keadaan, cubalah untuk bertemu secara peribadi.


99 responses to “Che Ta Berang Bekas Pemandu Dakwa Gaji Tidak Dibayar”

  1. naru says:

    rosiah chik dan ruminah sidek bayar gaji tak?

  2. Eliesa says:

    Banyak pulak dia CUTI hahaha

  3. Yekeni says:

    In a restaurant, when u were served a steak. Tak sedap dan keras. But u makan sampai habis. Dah abis makan, complain tak nak bayar. Pergi court pun kalah. Yg betulnya, jangan makan, mintak tukar. Tak suka pekerja, kasi notis, berhentikan, bayar ourstanding salary and move on.

  4. Bau bawang says:

    Akak baru bukak bn Hari ni tengok gossip apa paling laris Dan disukai ramai Dan che ta punya paling bnyk geng2 bawang kerumun.tp yg ni akak xnak membawang sbb dah bnyk bawang dah bg Komen.

  5. Get real says:

    Bahasa yg digunakan chic tak ni so kampong. Very low class. Sori kampong ada juga budi bicara. So trashy. Patut la artis melayu level shithead je.

Loading...