Che Ta Bengang Pereka Fesyen Hetty Sarlene Ciplak Rekaan Baju?

Hiburan

Che Ta Bengang Pereka Fesyen Hetty Sarlene Ciplak Rekaan Baju?

Busana cantik berwarna biru hasil pereka fesyen  Chintafifi Boutique yang digayakan oleh penyanyi Hetty Sarlene pada konsert GV5 minggu lalu menarik perhatian ramai. Bagaimanapun, ia menimbukan kontroversi apabila Che Ta mendakwa ia adalah idea hasil ciplak.

Advertisement

Baju Hetty kelihatan cukup sama dengan rekaan Rizman Ruzaini yang turut dipakai oleh Che Ta pada bulan Julai lalu.

Menambahkan rasa bengang Che Ta apabila Fifi mengatakan idea tersebut terhasil daripada inspirasi kemegahan dan kecantikan daripada burung merak.

Kalau bab fesyen ni memang Che Ta lantang bersuara apatah lagi kalau ada orang lain meniru pula gaya beliau sebelum ini. Apa-apa pun, tidak mustahil ia cuma satu kebetulan sahaja kan? Apa pendapat korang?

Sumber Berita : Forum CARI

Kredit Foto : Rotikaya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.