Pelakon jelita Rozita Che Wan melepaskan kemarahan terhadap seorang individu yang bercakap buruk tentang anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana.
Menerusi story di Instagram Aaisyah yang diuruskan sendiri oleh Rozita dan suami, Zain Saidin, dia telah memuat naik tangkap layar komen terbabit.
Individu berkenaan berkata dia berharap anak gadis pasangan itu tidak menjadi ‘pick me girl’ apabila dia dewasa kelak sebaliknya menjadi anak yang solehah.
Eh kau jangan kurang ajar nak komen anak orang suka suka hati! Jaga diri kau tu jangan sampai jadi sundal. Harap anak kau nanti pun tak jadi sundal or call girl.
Tidak pasti sama ada lelaki atau perempuan di sebalik akaun yang meninggal komen itu namun Che Ta telah pun memadam story tersebut daripada akaun @aaisyahdhiarana111 itu.