Che Ta Bakal Lancarkan Produk Suplemen Kanak-Kanak?

Hiburan

Che Ta Bakal Lancarkan Produk Suplemen Kanak-Kanak?

Produk makanan tambahan buat bayi dan kanak-kanak sebelum ini mencetuskan pelbagai kontroversi dan perdebatan di kalangan netizen.

Advertisement

Malah, pakar perubatan juga tidak setuju jika mana-mana pihak mempromosikan produk tersebut dengan testimoni yang tidak begitu sahih semata-mata untuk menarik perhatian pengguna.

Walaupun isu tersebut sedikit pun tidak menghalang Rozita Che Wan mengumumkan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana mempunyai produk suplemen sendiri.

Apa yang penting produk yang beliau bakal lancarkan itu tidak mengandungi bahan berbahaya dan selamat untuk kanak-kanak.

Bagi saya tidak salah untuk Aaisyah muncul dengan produk makanan tambahan untuk dirinya dan kanak-kanak seusia dengannya. Produk makanan tambahan ini bukan untuk orang dewasa tetapi untuk golongan kanak-kanak.

Apa yang penting, saya juga tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalam produk terbabit. Pada masa sama, pihak kami juga mendapat nasihat dari doktor pakar untuk memastikan produk itu selamat untuk kanak-kanak.

Che Ta tidak kisah jika produk keluarannya itu  akan mendapat reaksi negatif ataupun kecaman daripada netizen. Apa komen anda?

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...