Che Nom Dihalau Keluar Oleh Pemilik Kafe Ketika Bercuti Di Switzerland – “Kamu Sebarkan Virus, Tolong Keluar”

Trending

Che Nom Dihalau Keluar Oleh Pemilik Kafe Ketika Bercuti Di Switzerland – “Kamu Sebarkan Virus, Tolong Keluar”

Personaliti media sosial dan pempengaruh dunia masakan, Che Nom berkongsi pengalaman dihalau keluar dari restoran ketika bercuri di Lauterbrunnen, Switzerland bersama keluarga.

Menerusi Facebook, pempengaruh berusia 43 tahun itu berkata dia dan keluarga telah singgah ke sebuah kafe berhampiran stesen kereta api di kawasan berkenaan.

Advertisement

Ketika kejadian, anak Che Nom yang mempunyai Autism Spectrum Disorder (ASD) telah disalah anggap oleh pemilik kafe berkenaan.

Anak Che Nom, yang ada ASD tiba-tiba buat motor tick – bunyi macam batuk ringan. Itu memang normal untuk dia.

Che Nom dan keluarga bercuti

Ketika kejadian, pemilik kafe itu kemudian terus datang dengan raut wajah yang serius dan menghalau Che Nom sekeluarga.

Dia terus cakap – “Kamu sakit. Kamu sedang menyebarkan virus. Tolong keluar”.

Dalam keadaan terkejut, Che Nom cuba untuk menerangkan keadaan anaknya namun pemilik kafe berkenaan enggan mendengar dan tetap berkeras meminta mereka untuk keluar.

Bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih tegang, mereka sekeluarga memilih untuk meninggalkan kafe tersebut degan tenang.

Pada masa yang sama, Che Nom turut mendedahkan dia pernah menerima mesej daripada seorang pengikut yang mendakwa pernah mengalami pengalaman serupa di premis yang sama.

Aisar Khaled dihalau beri bantuan di Bali
2025-09-18 10:32:52

Aisar Khaled Diherdik & Dihalau Ketika Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Bali - "Pergi! Sana Kamu!"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...