Chazynash Umum Bakal Berkahwin Tahun Depan, Dah Kenalkan Calon Isteri Kepada Anak-Anak – “Saya Perlukan Seseorang Untuk Urus, Jaga Makan Minum Saya..”

Hiburan

Chazynash Umum Bakal Berkahwin Tahun Depan, Dah Kenalkan Calon Isteri Kepada Anak-Anak – “Saya Perlukan Seseorang Untuk Urus, Jaga Makan Minum Saya..”

Personaliti media sosial dan pelakon, Chazynash, mengakui dirinya kini serius dengan seorang wanita yang bakal dijadikan calon isteri, dan berhasrat menamatkan zaman dudanya pada tahun hadapan.

Chazynash atau nama sebenarnya Syed Fernarsh Syed Badlishah, berkata wanita pilihan hatinya itu telah diperkenalkan kepada anak-anaknya, yang menerima kehadirannya dengan baik.

Advertisement

Saya banyak terima DM (direct message) daripada kaum wanita selepas mengumumkan perceraian. Tetapi saya tak layan kerana ketika ini saya sedang mengenali seseorang.

InsyaAllah, jika semuanya baik-baik saja..malah saya pun sudah bawa dia berjumpa dengan anak-anak dan mereka pun suka. Andai tiada apa-apa masalah mungkin tahun depan (berkahwin).

Pelakon drama Honey Trap itu turut menegaskan, mengenai isu lelaki cepat mencari pengganti selepas perpisahan, keputusan itu adalah perkara peribadi dan jodoh di tangan Allah.

Saya perlukan seseorang untuk mengurus, mendampingi dan menjaga makan minum saya. Jodoh di tangan tuhan. Kita tidak boleh menilai seseorang itu cepat ‘move on’ atau pun tidak kerana mereka sendiri tidak pernah melalui fasa ini (perpisahan).

Chazynash juga berkata bekas isterinya, Fatin Morat, kini sedang mengenali seseorang dan dia mendoakan agar wanita itu dipertemukan dengan jodoh yang baik.

Bekas isteri saya pun sedang mengenali seseorang juga, malah saya menyokong dan menasihatinya. Sebab sesiapa sahaja yang berkahwin dengannya dia akan menjadi bapa tiri kepada anak-anak saya, calonnya mestilah orang yang baik.

Chazynash mengesahkan telah bercerai dengan Fatin pada 23 Januari lalu melalui hantaran di Instagram, dan menyifatkan perpisahan itu berlaku atas persefahaman bersama serta berpunca daripada kesilapannya sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Chazy Nash
2025-10-17 13:35:38

"Tak Jantanlah Lelaki Kalau Culas Nafkah.." - Chazynash Dedah Masih Beri Bekas Isteri Rumah Dan Kenderaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...