Perkembangan isu melibatkan personaliti media sosial, Chazynash yang kini memaklumkan kes Mahkamah Syariah telah difailkan secara rasmi terhadap bekas isterinya.
Perkongsian itu dibuat menerusi satu kenyataan bagi menjelaskan situasi sebenar kepada umum. Menurutnya, semua hantaran terdahulu telah dipadam atas nasihat peguam bagi menghormati proses undang undang yang sedang berjalan.
Chazynash memaklumkan bahawa tindakan undang undang telah diambil melalui peguamnya dengan memfailkan beberapa tuntutan penting. Tuntutan itu melibatkan hak penjagaan anak serta perkara berkaitan harta.
“Pihak saya melalui peguam saya telah failkan 3 tuntutan kes di Mahkamah Tinggi Syariah Perlis terhadap Defendan (Bekas Isteri saya).”
Antara tuntutan difailkan ialah tuntutan hadanah, permohonan interim inter parte hadanah, dan juga tuntutan harta sepencarian.
Beliau turut menjelaskan bahawa semua dokumen berkaitan telah diserahkan kepada pihak defendan. Proses seterusnya kini menunggu perjalanan rasmi di mahkamah.
Penetapan tarikh ini menjadi langkah awal dalam perjalanan kes Mahkamah Syariah berkenaan sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat.
Dalam masa sama, beliau menyeru agar semua pihak menghormati proses perundangan dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan prosiding kes. Ini kerana sebarang ulasan awam boleh mengganggu perjalanan keadilan.
Beliau juga memaklumkan bahawa sebarang pertanyaan media perlu disalurkan terus kepada pihak peguamnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
