Kemelut rumah tangga pempengaruh media sosial, Chazynash, nampaknya semakin memuncak apabila dia mengambil keputusan untuk menarik semula segala pemberian termasuk rumah, kereta dan mut’ah yang sebelum ini diberikan kepada bekas isterinya.
Menurut Chazy, tindakan tersebut dibuat selepas bekas isterinya didakwa berterusan melakukan provokasi, mencampuri kehidupan peribadinya dan mengingkari perjanjian asal yang telah dipersetujui secara baik.
Dalam kenyataannya, Chazy menegaskan bahawa beliau telah berusaha sebaik mungkin untuk menunaikan tanggungjawab termasuk memberi nafkah anak, menyediakan rumah selesa, menanggung semua kos utiliti, malah menghadiahkan kereta besar kepada bekas isteri tanpa meminta balasan.
Namun akibat gangguan yang tidak berpenghujung, beliau merasa dikhianati dan terpaksa menarik balik semuanya kerana perjanjian damai itu telah dilanggar.
Chazy juga meminta wanita itu keluar dari rumah dan berpindah ke rumah adiknya, Yunus Morat, memandangkan semua urusan harta dan hak penjagaan anak-anak akan dibawa ke mahkamah.
Saya manusia biasa, bukan sempurna. Saya tak mampu ikut jejak Chef Wan.
Kenyataan terakhir Chazy itu jelas menggambarkan betapa penat dan kecewanya dia dalam menghadapi konflik ini secara berpanjangan.
Beliau memohon maaf kepada masyarakat atas segala kekecohan yang berlaku dan berharap segalanya dapat diselesaikan melalui saluran yang betul.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
