Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Chacha Maembong Masih Tidak Pulangkan Baju Ezuwan Ismail

Kesian pun ada juga Abang Nara kepada Ezuwan Ismail ini. Iyerlah, sudahlah baju yang direka khas untuk Chacha Maembong tidak dipakai oleh pelakon tersebut di Anugerah Skrin 2014, lebih menyedihkan baju tersebut masih tidak dipulangkan kepada pereka fesyen ini. Kalau orang tua-tua kata, masih disimpan buat pekasam oleh Chacha Maembong. Pelik juga kalau tak sesuai dipakai (seperti alasan yang diberikan) kenapa masih disimpan sehingga ke hari ini?

ezuwan ismail

Advertisement

Mungkinkah Chacha Maembong terlalu sibuk sehingga tidak sempat memulangkan baju Ezuwan Ismail? Kesian juga membaca kata-kata yang diluahkan oleh Ezuwan Ismail. Inilah cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi oleh seorang pereka fesyen. Pastinya Ezuwan sudah serik untuk berurusan dengan Chacha Maembong.

Ada kalanya manusia ini sukar ditafsir apa niat di sebalik apa yang terjadi. Sudahlah baju yang siap direka tidak digayakan pd acara baru baru ini. Dicerca pula org lain atas kekhilafan diri sendiri apabila cuba menegakkan benang yang basah. BERTAMBAH KRONIK baju itu terus dibuat harta tanpa rasa bersalah.

MANUSIA apakah ini? Saya bukan mahu menambah bara api yang sedia mara.. tapi cukup dipulangkan saja harta milik saya itu. ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA.. PULANGKAN BAJU SAYA SEGERA. WASALAM #pulangkan #gilafamous #walaupungelembungtetapbuatharta #janjinakpulangtapihadoooo

ezuwan ismail

Diharap Chacha Maembong akan bersegera memulangkan baju Ezuwan Ismail ini. Jangan tangguh-tangguhkan lagi. Kang lagi jatuh reputasi anda. Nanti pereka fesyen yang lain buat takut nak bekerjasama. Tak gitu?

P.S: Lukisan kanak-kanak Gaza

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama