Chacha Maembong Akui Sedang Kenal Hati Budi Seseorang

Hiburan

Chacha Maembong  Akui Sedang Kenal Hati Budi Seseorang

Chacha Maembong, agak kurang juga kan gosip percintaan mengenai salah seorang Maembong Sisters  ini?

Mungkin dahulu beliau ada lah juga dikatakan pernah bercinta dengan Ewal AF tetapi beliau agak kurang membicarakan soal peribadinya.

Advertisement

Terbaru, menerusi portal Media Hiburan, Chacha mengakui beliau sedang mengenali hati budi seseorang. Namun, hubungan mereka belum sampai ke tahap bercinta lagi dan mahu fokus kepada kerjayanya terlebih dahulu.

Bagi saya tidak terlalu terbuka untuk bercerita lebih mengenai perihal hidup dan peribadi. Tambah lagi kini sedang mengenali seseorang. Namun itu tidak bermakna  saya akan berkongsi tentang segalanya dan kadang-kadang takut juga dengan sebarang risiko. Biarlah masa ini saya berikan tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya.

Pada masa yang sama, Chacha mensasarkan untuk mendirkan rumah tangga kira-kira lima tahun lagi. Ini kerana Chacha kini baru berusia 20 tahun dan agak terlalu muda untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Rasanya saya masih muda lagi dan tidak terfikir untuk menamatkan zaman bujang dalam masa yang terdekat. Tambah pula saya tidak mempunyai kekasih. Insya-Allah mungkin lima tahun lagi baru akan memikirkan soal perkahwinan.

Muda lagi Chacha ini, tidak perlu terlalu memikirkan soal perkahwinan. Cuba nikmati usia muda dan perlahan-lahan mencari calon yang betul-betul sesuai untuk dirinya.

Sumber Berita : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...