Pelakon dan pengarah terkenal, Nam Ron mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila memuat naik gambar separuh bogel di Instagram miliknya.
Nam Ron atau nama sebenarnya Shahili Abdan berkata, apa yang dikongsinya merupakan ujian untuk semua orang termasuk dirinya.
Menerusi hantaran tersebut, ramai netizen yang memberikan pelbagai reaksi termasuk menyatakan mereka hilang rasa hormat terhadapnya sebagai seorang anak seni.
Saya adalah ujian untuk tuan-tuan dan puan-puan. Kalian adalah ujian untuk saya. Semoga kita sama-sama lulus berdepan ujian.
Menurut Nam Ron, 52, dalam kehidupan ini, jangan hanya harap dipuji kerana dikeji juga ada kebaikannya. Pujian adalah racun sedangkan kejian adalah penawar untuk hati supaya kita sedar diri.
Walaubagaimanapun, ramai yang kurang bersetuju dengan apa yang dikongsikan Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) itu.
“Bang, maaf saya rasa kapsyen dengan gambar macam tak sesuai. Matlamat tak menghalalkan cara. Jangan marah bang” tulis seorang pengguna Instagram.