Seorang lelaki warga Bangladesh telah mengaut keuntungan besar sehingga mencecah RM50,000 sejak enam bulan yang lalu dengan mencetak e-pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu.
Memetik laporan Kosmo! Online, aktiviti licik lelaki itu berakhir apabila ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Imigresen (JIM) di Jalan Tun Tan Stew Sin, Kuala Lumpur.

gambar hiasan
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata suspek sedang memproses e-PLKS palsu menggunakan sebuah komputer ketika serbuan dilakukan.
Siasatan awal mendapati, suspek menawarkan e-PLKS dengan bayaran RM50 sekeping. Lelaki itu memproses dan mencetak sendiri dokumen selain memalsukan salinan dokumen pendaftaran dan yang berkaitan perniagaan.
Menurutnya lagi, dalam serbuan kedua di Jalan Masjid, Kuala Lumpur, JIM telah menahan tiga warga India kerana memiliki sejumlah besar pasport asing tanpa kuasa yang sah.
Hasil daripada serbuan itu, pihak berkuasa telah merampas 504 pasport asing pelbagai negara, empat buah komputer, empat buah mesin pencetak, 23 keping kad CIDB dan beberapa keping e-PLKS palsu, 40 keping i-Kad serta wang tunani RM94,332.

Kesemua warga asing itu ditahan untuk siasatan di bawah subseksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan subseksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966. Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Beliau turut berkata, pihaknya turut mengeluarkan saman terhadap tujuh warga tempatan di bawah Seksyen 40A Akta Imigresen 1959/63 untuk hadir ke Cawangan Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Putrajaya bagi membantu siasatan.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.