Ceroboh Taman Laut, 12 Pemancing Ditahan Penguatkuasa

Trending

Ceroboh Taman Laut, 12 Pemancing Ditahan Penguatkuasa

Dua belas orang lelaki ditahan penguatkuasa kerana memancing di kawasan Taman Laut di Pantai Pulau Aur semalam. Kesemua mereka ditahan oleh penguatkuasa Cawangan Taman Laut dan Pengurusan Sumber, Jabatan Perikanan Negeri Johor yang melakukan rondaan di perairan Johor Timur.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Johor, Noraishah Hashim berkata, tangkapan yang melibatkan 15 individu membabitkan 12 pemancing, dua tekong dan seorang awak-awak berusia antara 34 tahun hingga 75 tahun dan dua vesel zon A.

Advertisement

“Vesel penangkap ikan yang pertama di tahan sekitar jam tiga pagi iaitu 0.5 batu nautika daripada Pantai Pulau Aur. Ia melibatkan seorang tekong berumur 62 tahun dan enam pemancing tempatan berumur antara 49 hingga 75 tahun”.

Menurut beliau, terdapat 13 pulau di perairan Mersing yang telah diwartakan sebagai Taman Laut pada 20 Oktober 1994.

“Sementara vesel kedua ditahan pada jarak 0.6 batu nautika daripada Pantai Pulau Aur, melibatkan seorang tekong berusia 56 tahun, seorang awak-awak berusia 48 tahun dan enam pemancing berusia 34 hingga 58 tahun”.

peralatan memancing dirampas

“Kedua-dua bot dan peralatan menangkap ikan turut disita dan akan disiasat di bawah seksyen 43(1) Akta Perikanan 1985”.

Adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 43, Akta Perikanan 1985 untuk mengambil, mengalih atau memiliki haiwan akuatik dalam kawasan Taman Laut.

hasil rampasan pihak penguatkuasa

“Kita ingin mengingatkan nelayan agar sentiasa mematuhi syarat lesen agar tidak menjejaskan sumber perikanan negara yang perlu diurus secara lestari”.

Katanya, Taman Laut Johor telah diwartakan di bawah Perintah Penubuhan Taman Laut Malaysia mulai 1994 dan diharapkan semua pihak mengambil tahu tentang kepentingan pewujudan Taman Laut dan tidak sewenangnya melanggar peraturan yang ditetapkan.

SUMBER

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...