Cermin Lapan Kereta Pecah Dipercayai Angkara Perbuatan Khianat

Trending

Cermin Lapan Kereta Pecah Dipercayai Angkara Perbuatan Khianat

Perasaan tidak berpuas hati itu lumrah dalam diri seseorang individu. Namun, ada cara untuk mengatasi masalah sebegini seperti menyelesaikannya dengan cara baik dan bukannya bertindak di luar kawalan individu tersebut.

Hal ini berhubung dengan satu video tular di laman Facebook dimana cermin depan dan belakang lapan buah kereta dipecahkan dalam satu kejadian di tempat letak parkir kenderaan Kota Damansara Driving Range, Petaling Jaya. Insiden itu disyaki berlaku perbuatan khianat daripada seseorang individu, lapor akhbar Berita Harian.

Advertisement

Berikut merupakan video yang tular menerusi akaun Facebook Wan Mahusin Wan Zain.

Hal itu menyebabkan beberapa buah kenderaan seperti  Perodua Myvi, BMW dan Honda Civic terlibat dalam kejadian.

Supritendan Ku Mashariman Ku Mahmood selaku Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya berkata, beberapa pemilik kenderaan terbabit sudah membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara berhubung kejadian.

Beliau berkata tiada barang milik peribadi yang hilang walaupun cermin kereta pemandu terlibat dipecahkan.

“Siasatan mendapati kawasan berkenaan tidak dilengkapi kamera litar bertutup (cctv) dan tiada pengawal keselamatan di kawasan parkir berkenaan”

Dimaklumkan juga tiada saksi yang melihat kejadian itu menyebabkan butiran suspek sukar diperoleh namun usaha mengesan suspek giat dijalankan.

Pihak polis percaya kesemua kereta yang terlibat dipecahkan menggunakan objek keras dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan kerosakan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...