Cerita Viral Tenangkan Budak Atas Pesawat, “Kak Hassanah” Mengaku Ia Hanya Imaginasi

Trending

Cerita Viral Tenangkan Budak Atas Pesawat, “Kak Hassanah” Mengaku Ia Hanya Imaginasi

KAKI SHARE 1
Baru-baru ini, nama Kak Hassanah menjadi sebutan ramai apabila kisahnya yang menggunakan selawat untuk menenangkan budak kecil di dalam pesawat menjadi viral di media sosial.

Ramai yang teruja dengan kisah itu dan ramai juga yang berfikiran sinis terhadap kisah tersebut. Malah, individu yang berkata mereka adalah ibu bapa kepada budak yang menangis di dalam pesawat itu turut tampil menafikan cerita Kak Hassanah.

Advertisement

Namun, persoalan sama ada itu kisah benar atau rekaan semata-mata akhirnya terjawab apabila Kak Hassanah sendiri memberi penjelasan dan pengakuan bahawa cerita itu hanyalah imaginasinya semata-mata.

Dia membuat posting tersebut sebelum menyahaktifkan akaunnya.

61464941754_freesize

Ini teks penuh dari tulisan akaun itu yang telah dideactivatekan.

Bismillahirahmannirahim.

Ya Allah. Tuntuni setiap perkataan ku Ya Allah.

Dan berikan aku kerendahan hati yang paling rendah dan serendahnya. Berikan juga aku kekuatan. Allahumma solli ala sayyidina muhammad. Saya tahu, 1 Malaysia menanti posting dari saya.

1. Di sini saya ingin membuat pengakuan jujur. Tulisan saya yang viral baru-baru ini memang tulisan imaginasi. Ya. Saya duduk seat 33K. Dan ibu bapa itu duduk pada seat 30. Seat kami berhampiran. Flight yang sama. AK8715. Berlepas pada waktu sama. Mendarat pada waktu yang sama. Tapi jalan cerita yang berbeza. Ya, Jalan cerita yang benar adalah apa yang diceritakan oleh ibu bapa tersebut. Semua bukti screenshoot pramugari itu benar. Semua bukti screenshoot penumpang lain juga benar.

Semua yang dikata oleh ibu bapa tersebut adalah benar. Hanya 1 yang tak benar. Saya tak block fb mereka pun. Jika saya block, kenapa saya dapat melihat komen-komen mereka ? Jika saya block kenapa dia boleh share status yang viral dari wall saya ? Tapi saya bersangka baik. Mungkin maksud ‘block’ beliau adalah dengan tidak membenarkan dia untuk singgah komen di wall saya. Sebab saya telah mengubah setting. Hanya friend sahaja boleh komen. Tapi followers tidak. Jadi saya bersangka baik, mungkin itu maksud ‘block’ yang dimaksudkan. Wallahualam.

2. Saya tidak berniat untuk hina isteri tuan yang berpakaian seperti itu. Sama sekali tidak. Sebab untuk pengetahuan tuan, dulu saya juga bernampilan seperti itu. Allah maha tahu. Saya sengaja mention mat salleh. Agar kiranya ia suatu kisah yang menjadi. Tapi saya silap. Sebab Allah tidak pernah tidur. Dan saya lupa satu hal, Allah dengan sekelip mata boleh memberikan kebenaran.

Walaupun manusia cuba menyelindungkan segalanya. Saya harap tuan dan puan maafkan saya. Percayalah, saya tidak pernah mengutuk peribadi atau penampilan kalian. Malah saya sayangkan kalian. Saya doakan kalian. Tuan dan puan jangan bersedih atau kecil hati dengan orang-orang di fb yang hina penampilan kalian. Sebab siapa tahu pengakhiran tuan puan lebih mulia berbanding mereka. Wallahualam.

3. Kepada para followers dan friends yang saya kasihi kerana Allah. Maafkan saya. Sebab itulah berkali saya tuliskan, Public figure itu manusia biasa juga macam kalian. Jadi janganlah taksub. Sebab akan ada masanya diuji secara ringan atau berat dan begitu juga sebaliknya kepada mereka yang bukan public figure. Cuma ujian kita berbeza. Tapi sandaran kita sama. Iaitu Allah. Dan sebab saya berani membuat pengakuan walau rasa sedih, air mata, tapi saya bersyukur masih punya kekuatan, keberanian sebab sandaran saya ialah Allah.

4. Janganlah terus ditengking, diherdik, dimaki, dimarah wanita-wanita yang turut memakai niqab atau purdah. Sebab yang bersalah itu adalah diri saya. Bukan diri mereka. Libatkan saya seorang. Itu sudah cukup. Bukan niqab atau serban itu yang mulia. Tapi pakaian takwa itu yang mulia. Maafkan saya.

P/s: Dengan lafaz bismillah, i’m stop to writing. But doesn’t mean i stop to spread my dawah. Sebab dakwah itu bukan hanya satu lorong sahaja iaitu menulis menulis dan menulis. Hatta memberikan senyuman kepada orang juga dakwah, memulakan salam juga dakwah. Saya takut akan firman Tuhan mengapa saya berkata ini itu tapi saya tidak melakukannya ?

And i will deleting my fb, insta, telegram. And i will stop writing. Last, saya mahu ucapkan terima kasih kepada semua yang menghantar mesej di messenger fb dengan segala maki hamun, tomahan, kutukan and everything.
Semoga beroleh kematian dan pengakhiran husnul khotimah.

Assalamualaikum.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...