Rahsia Cincin Fasha, Bakal Kahwin Tahun Depan

Rahsia Cincin Fasha, Bakal Kahwin Tahun Depan

fasha comel

Lama betul tak dengar cerita terbaru tentang pelakon wanita paling sensasi Malaysia, si Fasha Sandha nie. Tup-tup semalam keluar Harian Metro, cover depan sampai 3 muka surat cerita pasal dia jer. Siap keluar semua citer lelaki-lelaki yang ada kaitan ngan dia.

Advertisement

Kata Fasha, dia bakal bertunang September nie dan akan kawin paling lewat tahun depan. Calonnya? Bukannya bekas suami Nora Danish, si Rizal tue. Sebab kata Fasha, bakal suaminya itu bukan duda ataupun suami orang. Boleh percaya ke nie?

Tapi ada berita sedih buat peminat Fasha Sandha(ada ke orang minat dia nie?). Kata Fasha lagi, lepas berkahwin nanti dia akan bersara daripada dunia lakonan. Bakal suami tak bagi berlakon lagi dah. Lagipun katanya sekarang nie duit dia pun dah cukup untuk bagi kesenangan kepada keluarga dia.

Apa-apa pun Fasha, kalau betullah anda akan berkahwin kami ucapkan tahniah banyak-banyak. Lagi bagus kalau memang betul bakal suami anda itu seorang bujang. Buang semua kontroversi panas anda dengan si Rizal tue dulu. Ramai orang yang sakit hati sebab tue.

Dan kalau anda masih belum baca artikel-artikel kami yang dulu pasal Fasha, jangan segan-segan nak baca. Antara artikel menarik ada di bawah nie:-

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...