Kontroversi bersama Aliff Aziz tidak dijadikan sebagai alasan untuk mematahkan semangat pelakon Ruhainies dalam berkarya sebagai seorang anak seni. Malah, drama lakonannya bersama Aliff juga tidak terjejas dan bakal ditayangkan mengikut jadual.
Tawaran kerja ditangguhkan
Menurut Ruhainies, belum ada tawaran lakonan yang dibatalkan oleh pihak produksi. Sebaliknya, tawaran-tawaran tersebut ditangguhkan hingga masa yang sesuai.
Aktres ini turut mendedahkan dirinya tidak akan digam atau disenarai hitam sepertimana yang diminta oleh orang ramai di media sosial.
Saya faham dan terima kerana isu pun tengah panas tetapi setakat ini tiada tawaran lakonan yang dibatalkan, sebaliknya cuma ditangguhkan saja.
Penggambaran tetap berjalan macam biasa tetapi soal digam mahupun disenarai hitam setakat ini, kenyataan yang saya dapat perkara itu tidak akan berlaku.
View this post on Instagram
Tular hingga ke China
Bukan itu sahaja, pelakon berumur 31 tahun ini turut meluahkan rasa syukur apabila pintu rezeki telah dibuka dengan tawaran kerja di China.
Katanya, kesnya bersama suami Bella Astillah itu tular hingga ke negara seberang yang membolehkan dia mendapat tawaran tersebut.
Saya sentiasa percaya setiap ujian itu pasti ada hikmah dan alhamdulillah saya banyak terima tawaran dari negara seberang.
Cerita ini bukan setakat tular di Malaysia tetapi sampai ke luar negara juga, ke China pun. Cuma saya mohon doa daripada semua agar nama saya tak terjejas disebabkan kontroversi ini.
View this post on Instagram
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.