Meskipun sudah bergelar isteri orang, sehingga hari ini pelakon Elfira Loy masih lagi menerima pelbagai persoalan mengenai kisah putus tunang bersama penyanyi Sufian Suhaimi.
Menjawab soalan daripada netizen, Elfira berkata beliau juga melalui fasa kecewa tetapi enggan terlalu bercerita pada orang lain. Pada waktu itu, beliau banyak berdoa dan hanya percaya pada ibu bapa serta keluarganya.
Apabila perasaan redha itu mula ada dalam hati, pastinya Allah SWT akan menggantikan kesedihan sebelum ini dengan kebahagiaan.
Elfira dan Faris melangsungkan perkahwinan pada 1 Januari lalu, majlis perkahwinan yang diadakan di Cyberview Resort, Putrajaya itu dikatakan sebagai ‘wedding of the year’ oleh netizen apabila mereka mengadakan lima majlis resepsi.