Cerita Disebalik Filem-Filem Bollywood Popular Yang Ada Di Jaipur

Hiburan

Cerita Disebalik Filem-Filem Bollywood Popular Yang Ada Di Jaipur

India sememangnya terkenal dengan kehebatan filem Bollywoodnya yang meruntun jiwa penonton di seluruh pelusuk dunia. Barisan pelakon yang mantap, jalan ceritanya menarik, lagu-lagu pun best, pandai menyentuh emosi dan penuh dengan pengajaran.

Dangal, salah satu filem Bollywood kegemaran Abang Nara untuk tahun 2017

Abang Nara pun sebenarnya seorang kaki filem Bollywood. Selain daripada mampu membuatkan air mata jantan ini mengalir, salah satu sebab Abang Nara suka filem Bollywood ialah kecantikan sinematografi yang dramatis. Memang memukau dan membuatkan diri ini terkesima. Terasa nak terus terbang ke India je untuk melihat sendiri tempat “shooting” filem tersebut. Untuk pengetahuan korang, Jaipur dan Rajasthan adalah salah satu bandar di India yang sering menjadi pilihan untuk penggambaran filem Bollywood.

Advertisement

Hawa Mahal, salah satu tempat wajib lawat sekiranya anda menjejakkan kaki ke Jaipur

Dikenali sebagai “Pink City”, antara filem-filem yang telah menjadikan Jaipur dan Rajasthan sebagai lokasi penggambaran mereka ialah:-

1. Bajirao Mastani di Amer Fort

Salah satu babak filem epik Bajirao Mastani iaitu ketika Deepika Padukone menari mengikut lagu “Mohe Rang Do Laal” telah pun dirakamkan di Amer Fort yang merupakan salah satu kubu popular di Jaipur.

megah sungguh pintu masuk Amer Fort. Memukau!!!

2. Bhool Bhulaiya di Chomu Palace

Dilakonkan oleh Akshay Kumar dan Ameesha Patel, hampir keseluruhan filem Bhool Bhulaiya (dalam bahasa Inggerisnya “The Maze”) ini telah dirakamkan di Chomu Palace, Jaipur. Anda akan dapat melihat keindahan salah sebuah istana lama di Jaipur sekiranya menonton filem seram komedi ini.

Chomu Palace di Jaipur

3. Delhi 6 di Tasik Sambhar

Percintaan di antara Abhishek Bachchan dan Sonam Kapoor di dalam filem Delhi 6 ini telah diterjemahkan dengan begitu indah sekali menerusi nyanyian lagu “Sasural genda phool”. Burung-burung merpatih putih yang berterbangan menggambarkan kesucian cinta mereka. Babak ini dirakamkan di Tasik Sambhar, Jaipur.

confirm meletup kalau ambil gambar wedding kat Tasik Sambhar nie

4. Bade Miyan Chote Miyan di City Palace

Filem komedi tahun 1998 yang dibintangi Amitabh Bachchan dan Govinda ini telah pun dirakamkan di Jaipur, khususnya City Palace. Untuk makluman, filem ini telah mendapat kutipan kedua tertinggi pada tahun tersebut. Di tempat pertama adalah filem Kuch Kuch Hota Hai. Hebat kan filem nie?

cantik betul warna City Palace ini. Sedap mata memandang

5. Rang De Basanti di Nahargarh Fort

Filem ini telah mengangkat nama Aamir Khan kerana ia telah memecahkan rekod kutipan box office pada tahun tayangannya iaitu 2006. Filem ini juga dicalonkan sebagai Filem Bahasa Asing Terbaik untuk 2006 Bafta Awards. Fuh!!! Memang wajib tengok, lebih-lebih lagi salah satu babaknya telah dirakamkan di Nahargarh Fort, Jaipur. Untuk makluman, anda boleh melihat seluruh bandar Jaipur dari Nahargarh Fort ini kerana kedudukannya di atas bukit.

pemandangan dari Nahargarh Fort, Jaipur

6. Hum Saath-Saath Hain di Jodhpur

Telah membuat kutipan lebih daripada 4.4 juta USD, filem Hum Saath-Saath Hain telah dibintangi oleh Salman Khan, Saif Ali Khan dan juga Karisma Kapoor. Sebahagian daripada lokasi penggambaran filem ini ialah di Jodhpur Rajasthan. Antara yang menarik di Jodhpur ialah salah sebuah istana India iaitu Umaid Bhawan Palace.

Merupakan tempat tinggal kerabat diraja India, sebahagian daripada Umaid Bhawan Palace turut dijadikan hotel dan juga muzium. Istana ini telah siap dibina pada tahun 1943 oleh Maharaja Umaid Singh. Untuk makluman, istana ini telah dinobatkan sebagai “World’s Best Hotel” oleh Trip Advisor. Jadi kalau ada duit lebih, bolehlah pergi bercuti di Rajasthan dan tinggal di hotel ini.

pemandangan Umaid Bhawan Palace di waktu malam. Cantik memukau

7. Hum Dil De Chuke Sanam di Jaisalmer

Gandingan Salman Khan dan Aishwarya Rai di dalam filem Hum Dil De Chuke Sanam ini telah membuatkan ramai penonton mengalirkan air mata. Salah satu lokasi penggambaran filem penuh romantis ini ialah di Jaisalmer, Rajasthan. Tempat wajib lawat di Jasailmer tidak lain tidak bukan ialah Jaisalmer Fort, satu-satunya “kubu yang masih hidup” di India. Sebabnya masih ada orang yang tinggal dan menjalani kehidupan di dalam kubu tersebut.

Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk makan dan minum di restoran yang terletak di atas kubu ini. Jangan lupa juga untuk menerokai Jain Temple serta istana Maharaja di dalamnya. Anda pasti akan terkejut melihat cara hidup sebenar di dalam kubu. Serius menarik!!!

8. Prem Ratan Dhan Payo di Udaipur

Dibintangi oleh Salman Khan dan Sonam Kapor, filem Prem Ratan Dhan Payo ini telah membuat kutipan sebanyak 63 juta USD di seluruh dunia. Fuh!!! Hebat kan? Udaipur yang terletak di Rajasthan telah menjadi salah satu lokasi penggambaran filem penuh romantis ini. Bila sebut Udaipur, tempat paling wajib anda perlu lawat ialah Monsoon Palace.

Terletak di atas bukit, Monsoon Palace ialah tempat terbaik untuk anda menikmati keindahan matahari terbit dan juga matahari terbenam di Udaipur. Pemandangan hadapannya ialah Tasik Fateh Sagar. Seronok kalau pergi berdua dengan orang tersayang. Mesti feeling sangat-sangat.

Ha, menarik kan bandar Jaipur dan Rajasthan ini? Banyak lagi filem-filem Bollywood yang popular telah menjadikan Jaipur dan Rajasthan lokasi penggambaran mereka. Sebabnya bandar Jaipur ini memang unik, indah, cantik dan memukau. Kalau korang teringin nak lihat dengan mata sendiri keistimewaan bandar Jaipur, inilah masa terbaik kerana AirAsia, yang terbang ke Jaipur 4 kali seminggu, sedang mengadakan promosi RM249 (all-in fare one way) untuk tempat duduk biasa dan RM699 untuk Premium Flatbed. Korang boleh buat tempahan tiket di www.airasia.com bermula sekarang sehingga 17 Disember ini untuk penerbangan dari 5 Februari 2018 sehingga 30 Jun 2018. Memang berbaloi-baloi sangat sekiranya anda seorang penggemar filem Bollywood. Selamat melancong dan selamat menerokai Jaipur dan Rajasthan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...