Kesian pula kami dengan pelakon Raja Illya, niat beliau untuk berkongsi berita gembira bakal berkahwin tidak lama lagi dengan seorang lelaki dari Australia mula dipertikaikan oleh sesetengah pihak.
Semuanya gara-gara isu beliau terdahulu yang puas mengatakan bakal membintangi filem Marvel tetapi akhirnya tidak jadi. Sejak daripada itu, netizen sudah kurang mempercayai percakapan Raja Illya dan ada yang mengatakan cerita beliau mahu berkahwin ini cumalah gimik semata-mata kerana aktres itu tidak pernah memuat naik foto beliau bersama kekasih di media sosial.
Cerita nak kahwin bukan gimik. Bagi saya benda yang baik tak perlu untuk letak gambar ke apa. Sebab saya percaya, kalau kita muat gambar nanti akan ada orang betul-betul doakan yang baik-baik untuk kita dan begitu juga sebaliknya.
Lebih baik hanya saya dan dia untuk jaga hubungan dan kami pun sepakat bila semuanya sudah okay, declare betul-betul dan menjelang hari berkahwin, barulah kami akan expose. Yang penting bukan gimik.
Kalau orang sudah hendak berkahwin itu, doakanlah yang elok sahaja agar perancangan mereka itu berjalan dengan lancar. Tak perlu cetuskan pelbagai spekulasi.