Ceriakan Hidup Anda Bersama Munchy’s MUZIC Wafer

Hiburan

Ceriakan Hidup Anda Bersama Munchy’s MUZIC Wafer

Belajar di Korea selama 7 tahun telah menyebabkan Abang Nara jatuh cinta dengan muzik Korea. Lagu-lagunya sedap didengar, penyanyinya semua cute-cute dan yang paling penting, liriknya memang romantik. 2 kumpulan kegemaran Abang Nara ialah:-

munchys

Advertisement

Wondergirls – kumpulan 5 orang gadis yang semakin popular di Malaysia dengan lagu Nobody versi omputeh. Ditambah pulak dengan tarian yang comel, Wondergirls kini dah popular bukan sahaja di Korea dan Malaysia, tapi di seantero dunia.

munchy

Big Bang – kumpulan 5 jejaka tampan yang memang berbakat dalam tarian, mencipta lagu dan menyanyi lagu rap. Femes dengan lagu Lies @ “Kojitmal” dalam bahasa Korea, kumpulan Big Bang memang menjadi pujaan ramai awek-awek di Korea terutamanya mamat yang bernama G-Dragon. Hensem dan tough!!!

munchy

Sebenarnya banyak lagi artis-artis yang best di Korea macam Jang Nara, Girl’s Generation, Lee Seung Ki dan kumpulan Buzz. Semuanya mantap-mantap dan lagu diorang tersangatlah best dinyanyikan time pergi karaoke. Tapi sayang seribu kali sayang, susah nak carik karaoke yang ada lagu Korea kat Malaysia nie.

munchy

Jadi untuk mengubati hati yang lara ini, setiap hari Abang Nara akan luangkan masa hampir 1 jam untuk mendengar balik MP3-MP3 lagu Korea nie. Kalau hujung minggu pulak, Abang Nara akan habiskan masa untuk layan Youtube. Niat di hati nak dengar time kat ofis, tapi masalahnya handphone Abang Nara tak support MP3. Almaklumlah, handset Nokia 3310 je pun.

munchy

Terima kasih kepada Munchy’s Mimic to the Muzic Contest, kini impian Abang Nara untuk mendengar lagu Korea semasa di ofis akan tercapai. Ada 3 iPad dan 10 iPod Touch untuk dimenangi bersempena dengan peraduan Munchy’s Mimic to the Muzic Contest nie. Kini Abang Nara tersangatlah teruja.

munchy

Cara nak join contest Mimic to the Muzic ini tersangatlah mudah. Anda cuma perlu buat video selama 30 saat yang meniru bunyi Munchy’s Muzic Jingle sekreatif yang mungkin. Sila dengar elok-elok rentak Munchy’s Muzic Jingle kat video bawah nie. Kalau nak download Muzik Jingle nie, sila klik sini.

Paling penting dalam video tue anda kena pastikan ada pek Munchy’s Muzic Wafer. Sila pastikan jugak video tue tak lebih 30 saat. Buatlah macam mana korang suka. Nak ketuk baldi ke, nak tiup vevuzela ke. Yang penting kena kreatif dan lain daripada yang lain. Baru senang nak menang.

Abang Nara dah hantar video Munchy’s Muzic Jingle Abang Nara kat website nie dah. Korang pun jangan lupa submit cepat-cepat sebab tarikh tamat dia 4 Ogos 2010 nie. Buat sekreatif yang mungkin sebab hanya 20 video terbaik sahaja akan dipilih untuk ke peringkat undian seterusnya. Untuk maklumat lanjut, sila ke website Munchy’s Mimic to the MUZIC Contest di www.munchysmuzic.com.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...