July 11th, 2018

Gara-gara tidak lagi mampu menampus kos pentadbiran yang menelan belanja R150,000 sebulan, penceramah bebas Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias dengan berat hati terpaksa menjual pusat tahfiz Darul Barakah miliknya.

Semuanya berpunca daripada pihak tertentu yang mahu menyekat Ustaz Kazim dari terus memberikan ceramah dan ia sekaligus menjejaskan peruntukan untuk pusat tahfiz berkenaan yang bergantung  kepada jumlah bayaran hasil daripada ceramah beliau.

Namun, beliau hanya akan menjual sebahagian pusat itu membabitkan unit tahfiz di pusat berkenaan yang menempatkan 100 pelajar.

Keputusan ini memang amat sedih tetapi terpaksa diambil kerana saya memikirkan nasib guru serta pelajar dan penjualan ini dapat menampung kos pentadbiran dua lagi unit di pusat ini.

Kami tidak pernah minta derma daripada mana-mana pihak, parti politik atau sertai parti politik dan keseluruhan kos dibiayai melalui ceramah, kuliah, penjualan buku-buku diterbitkan dan program-program televisyen. Tetapi sejak dua tiga bulan ini saya rasa macam ada satu usaha menyekat ceramah saya, dibatalkan dan dihalang, saya rasa kalau keadaan ini berterusan, saya tidak mampu menampung Al Barakah.

Menerusi laman mudah.my, pusat tahfiz itu ingin dijual dengan harga permulaan RM 5 juta dan sekiranya ada yang berminat, haganya boleh dirunding lagi.

Sumber Berita : Harian Metro


59 responses to “Ceramah Disekat, Ustaz Kazim Terpaksa Jual Pusat Tahfiz”

  1. Ustazah bawang says:

    Ustaz cuba kurangkan sikit bayaran. Sure org amiknya.sb skrg ni melambak ustaz2 muda yg pandai cakap di pasaran. So utk nampak relevan and marketable;ustaz haruslah letak bayaran at par ngan ustaz2 yg lain.

  2. Anonymous says:

    Kenapa harga bayaran ceramah tinggi sangat. Nak jemput bg ceramah flight Busines class…team dia lagi…segalanya cost. Ustaz2 skrg ni semua naik Vellfire..ada driver. Ada team dkt 15org di setap ceramah. Boduguard.

    • Anonymous says:

      ko cerita ustaz mane…
      kalo u.kazim ni takde vellfire.. kete lain driver yer ade.. team 15org ni dh byk sgt buat pahala ker arini.. rugi oii kt padang masyar kene merangkak jgk cari duke.. biasa g memana team dia ber3 jer.. lain2 org penganjur.. cer cerita ustaz mane… aku bole jer tolong kutuk sekali ustaz pakai 15org bodigat tu..

Loading...