Ceraikan Isteri Kerana Tidak Tahan Tabiat Isteri Yang Hanya Mandi Sekali Dalam Setahun

Trending

Ceraikan Isteri Kerana Tidak Tahan Tabiat Isteri Yang Hanya Mandi Sekali Dalam Setahun

Seorang lelaki di Taiwan menceraikan isterinya disebabkan tabiat buruk pasangannya yang hanya mandi sekali dalam setahun.

Advertisement

Memetik laporan Shanghaiist, tabiat buruk isterinya telah menyebabkan mereka tidak lagi melakukan hubungan intim bersama lantas membatalkan hasrat mereka untuk memiliki anak.

Sebelum melangsungkan perkahwinan, lelaki itu mendakwa isterinya itu akan mandi sekurang-kurangnya sekali seminggu, namun keadaan semakin parah setelah mereka berkahwin.

Selepas 10 tahun, isterinya hanya mandi sekali dalam setahun dan akan menghabiskan masa hampir enam jam bagi membersihkan dirinya setelah setahun tidak mandi.

Selain itu, sikap isterinya yang malas lebih menonjol apabila wanita tersebut turut memaksa suaminya untuk tidak bekerja dan menjaga bapanya yang sakit. Hal ini menyebabkan mereka tiada sumber kewangan dan mengharapkan bantuna kewangan dari ibu isterinya.

Bagaimanapun, pada tahun 2015, lelaki ini nekad untuk berpindah keluar dari rumah tersebut dan bekerja di Hsinchu di utara Taiwan tanpa pengetahuan isterinya.

Tidak berapa lama kemudian, isterinya mendapat tahu tentang perkara itu dan terus memaksa suaminya itu berhenti dan pulang semula ke rumah.

Susulan kejadian, lelaki ini akhirnya nekad pulang ke rumah dan memfailkan penceraian terhadap isterinya. Namun isterinya menolok untuk bercerai.

Mahkamah mendapati pasangan tersebut sudah tidak bersama selama 2 tahun dan mahkamah menerima permohonan cerai dari lelaki tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...