Ceraikan Isteri Hamil Bukan Hanya Soal Teknikaliti, Tetapi Soal Mudarat Kepada Ibu dan Anak- PU Rahmat

Hiburan

Ceraikan Isteri Hamil Bukan Hanya Soal Teknikaliti, Tetapi Soal Mudarat Kepada Ibu dan Anak- PU Rahmat

Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan melalui siri kenyataan di media sosial menulis bahawa apabila ada kejadian seorang suami yang menceraikan isteri mengandung, perkara yang perlu diberi perhatian bukanlah sama ada ia perkara dibolehkan atau tidak tetapi kesannya kepada emosi, kesihatan dan sahsiah ibu mengandung dan anaknya.

Advertisement

Dia dipercayai memberikan kenyataan itu memandangkan ada ‘ustaz selebriti’ yang hanya mengulas bahawa talak yang dijatuhkan kepada isteri yang sedang mengandung sah dan hukumnya harus apabila diminta mengulas mengenai perkara itu oleh Netizen.

“Perlu didalami secara sistemik kerana Syariah satu sistem”

PU Rahmat juga mengakui bahawa dia bermusahabah atas apa yang berlaku walaupun tidak menyebut secara terus atau merujuk kepada kisah tular Pencetus Ummah Abu yang mengakui telah menceraikan isteri yang baru dikahwini dan sedang mengandung anak pertama, Ain Afini  mereka kerana ingin mengahwini seorang usahawan janda anak satu, Hana Azraa.

PU Rahmat ialah pemenang tempat keempat program Pencetus Ummah musim pertama tahun 2014, yang menyaksikan kejuaraan dirangkul oleh Pencetus Ummah Hafiz. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...