“Cerai Untuk ‘Bebaskan’ Saya, Rasa Macam Dah Terlambat” – Edika Yusof Reda Isteri Pilih Untuk Berpisah

Hiburan

“Cerai Untuk ‘Bebaskan’ Saya, Rasa Macam Dah Terlambat” – Edika Yusof Reda Isteri Pilih Untuk Berpisah

Pelakon senior Edika Yusof meluahkan rasa kecewa apabila isterinya, Nor Hidayah Yusri, memfailkan penceraian selepas 22 tahun berkahwin. Menurutnya, keputusan itu datang terlalu lewat memandangkan dia telah menjaga isterinya yang lumpuh hampir 19 tahun tanpa sebarang rungutan.

Advertisement

Saya dah kahwin lebih 22 tahun. Saya jaga dia hampir 19 tahun ketika sakit. Jadi, apabila pada waktu ini baru nak ‘offer’ untuk lepaskan saya, saya rasa dah terlambat.

Dia cakap nak bebaskan saya, supaya saya boleh hidup baharu. Baiklah, terima kasih. Anggap sahaja ini hadiah hari lahir saya esok. Tapi kalau itu niat dia, patut dari dulu beritahu. Saya pun tak pernah minta dilepaskan.

Edika turut meluahkan kekesalannya apabila isu sebesar itu tidak dibincangkan secara terbuka, sedangkan sepanjang perkahwinan, dia telah memainkan peranan sebagai suami dengan penuh tanggungjawab, termasuk memikul beban rumah tangga seorang diri.

Saya tak pernah sorok apa-apa. Telefon saya, akaun bank saya, semuanya dia boleh tengok. Saya jenis yang ‘gentle’, tak ada apa nak disembunyikan. Tapi nampaknya dia memang serius nak berpisah.

Menurut pelakon filem Maria Mariana itu, anak-anak menerima situasi tersebut dengan tenang, namun tiada sebarang usaha daripada mereka untuk bertanyakan mahupun mendamaikan hubungan kedua-dua ibu bapa mereka.

Saya jaga isteri saya bertahun-tahun. Tapi orang hanya nampak dia yang sakit. Orang tak nampak apa yang saya tanggung. Saya pernah kena anxiety. Saya jumpa kaunselor. Saya tak ada tempat nak luah. Mak ayah saya pun dah tiada.

Meskipun berdepan ujian berat, Edika tetap menaruh harapan agar konflik ini dapat diselesaikan secara baik dan mereka masih berpeluang untuk memperbaiki hubungan tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rebecca nur al silam datin shahida
8 hours ago

"Demi Abang Long.." - Rebecca Nur Al Islam Ambil Keputusan Padam Hantaran Melibatkan Datin Shahida

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...