Written by AbangNara | September 6th, 2013

Hati wanita mana yang tidak kecewa dan patah apabila diceraikan oleh si suami. Lebih-lebih lagi jika diceraikan secara SMS dan bukannya bersemuka. Namun semuanya sudah tertulis. Walaupun kecewa Rita Rudaini nampaknya redha dengan takdir yang menimpa dirinya.

rita rudaini

Kata Rita Rudaini menerusi Harian Metro hari ini:-

Alhamdulillah semuanya sudah berakhir, jodoh kami setakat di sini saja, dengan keputusan ini berakhirlah semua konflik rumah tangga saya selama ini.

Bagaimanapun saya kesal kerana idil tidak sabar dan bertindak terburu-buru menceraikan saya tanpa proses yang sepatutnya. Bagi saya tindakan Aidil menceraikan saya melalui SMS ini umpama menghina saya sebagai seorang isteri dan wanita serta mahkamah.

rota

Untuk tatapan pembaca BeautifulNara, berikut adalah SMS cerai yang dihantar oleh Aidil kepada Rita:-

Ni kau nak dgr sendiri kan. Hari ni aku ceraikan kau talak 1. jelas ye.. salam.. saya penat dah nak ikut rentak awak ni. tahap kesabaran sy dah terbatas. nak selesai secara elok awak taknak. nak panjang2kan. Pas tu sebok cari hal dgn sy. skrg dah jelas ye

rita rudaini

SMS daripada Aidil telah pun dibalas oleh Rita dengan “Alhamdulillah.. Saya terima“. Rita Rudaini turut mendoakan agar Aidil bahagia sekiranya bertemu jodoh dengan wanita lain. Kata Rita lagi:-

Semuanya sudah selesai, saya berharap jika Aidil ditakdirkan mempunyai jodoh dengan wanita lain, saya doakan dia bahagia dan menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai suami.

Semoga kedua-duanya akan bahagia dengan kehidupan masing-masing selepas ini. Jangan gaduh-gaduh lagi untuk kepentingan anak-anak hasil perkahwinan anda. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk mereka. Untuk makluman, kata-kata Rita ini dikeluarkan pada waktu yang sama dengan kata-kata Aidil sebelum ini menerusi Harian Metro.

P.S: Mazda 6 terima 5 bintang untuk Euro NCAP

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

151 responses to Cerai Melalui SMS Umpama Hina Saya Sebagai Isteri & Wanita – Rita Rudaini

  1. bee says:

    Masyarakat mudah ckp salah perempuan tp ketua rumahtanggakn lelaki, nape x ckp lelaki sbg ketua rumahtangga x bimbing isteri? Bila ckp aidil xde ilmu..marah..kalo suami yg baik ikut hukum islam sure rumahtangga bahagia, insyaAllah..

    • syamsul says:

      mcm mana nak bimbing kalau aidil dah gile perempuan lain, org lelaki ni kalau dah tak sayang bini macam2 alasan dia bagi, org perempuan biasa lah kalau marah mesti membebel, perempuan marah bersebab bukan saje2. mesti ada benda aidil dah buat smpai rita meroyan. aidil tu aku rasa dia bagi statement coverline je tu nak tutup perbuatan dia yg sebenar.

    • rr says:

      tengok juga perempuan macammanaboleh di bimbing…tengok gaya RR ni memang sukar dibimbing….dahlah mulut potpet2, umur pun jauh lebih tua dari aidil..tentulah abis aidil kena jerkah dik rita tu…daripada press statement rita, memang nampak dia keras hati..apalagi di rumah.. kan suami pertama dia pun kata RR ini sukar dibimbing?

  2. Boboiboy says:

    Sebenarnya apa gaya rambut aidil tu? Mcm kena renjatan elektrik…

  3. Anonymous says:

    rita tetap lawa biarpun dah punya dua orang anak

    • hina says:

      semua orang boleh jadi cantik kalau cukup duit…macam2 kaedah boleh jadi cantik…umur 60 tahun pun masih cantik.. suntikan collagen, stem cell, botox, plstic surgery dll….kalau ada duit..no hal lah…

  4. Linzy Longkang says:

    Tak payah laa nak meroyan ronggeng rita, buat abis duit beli gel rambut si aidil pakai gel tgk gamba tuh fashion aper cacak2 gel letak masa rambut basah tuh, ewwww…..mesti beli pasal mlm punya colour pink botol gaban tuh

  5. stahp rita!! go home, you’re drunk

  6. lee says:

    siapa tak meroyan kalau laki buat hal. ingat perempuan nak sangat ke meroyan. sedih kot. aku pernah rasa macam apa yang kak rita rasa. rasa sedih sangat. rasa tak betul pun ada. masa tu rasa macam jatuh dan hati sakit sangat. takde tempat nak mengadu. cuma Allah je yang faham perasaan perempuan meroyan macam mana. ingat dorang minta ke ? meroyan ni sebenarnya sakit sangat. sejenis penyakit perempuan yang tak dapat diatasi dengan akal. bila tengok kak rita macam ni, aku faham sangat rasa macam mana. dengan takde suami di sisi, di mana suami lah orang yang sepatutnya, lindungi kita, sayangi kita dan memahami keadaan kita. semua perempuan akan sakit hati kalau laki buat kita sakit hati. Allah bagi perempuan ujian besar sangat. nasib baik anak anak ada untuk kuatkan lagi hati ni, if tak dah sakit jiwa rasanya. betapa bahayanya penyakit wanita yang tak dapat diungkap ni. hope kak rita tabah jugak, jaga anak anak dan didik anak anak, jaga mereka elok elok sebab dorang bergantung kat kak rita sepenuhnya. biarlah si aidil tu nak buat apa dah. nak main bola ke, nak main perempuan ke, lantaklah dia. hope kak rita boleh move on. bukan kak rita je yang melalui saat saat macam ni bila laki buat masalah, ramai lagi wanita di luar sana, ada yang ceritanya sama macam kak rita, keep strong and berdoa pada maha yang esa supaya sentiasa cekal hidup di dunia nescaya akan bahagia di akhirat, sekian…..

  7. denise says:

    Rita…tolong la lepaskan je Aidil tu. Tak perlu dah kot nak keluarkan apa2 komen. Dulu ye aku simpati tapi makin kita sokong makin menjadi2 pulak statement dia kan. Kalau dah Aidil tu tak suka kau tak payah paksa dia. Lagi teruk nanti adalah kan. Sumpah aku dah muak ok. Sampai muka depan suratkhabar pun cerita korang ala2 kes korang lagi dasyat la dari kes dekat Mesir.

  8. cikimau says:

    lorr…. ape ke hal nye rita nak rase ter”hina” pulak? bukan selama ni mmg org dh pandang hina ke pada masalah umtngga diorg berdua? masing2 dok kuarkan statement membidas satu sama lain? aku rase masa tu pown org dah nmpk bertapa terserlah hinanya sikap diorg berdua…. masing meng”aib”kan sesama sndiri…. adoiyai!!! xfaham btol aku… pasni memasing cari jodoh yg lebih elok, sefahaman, saling hormat menghormati, lengkap melengkapi, susah senang bersama, rahsia n masalah umhtangga kepit ketat2 jgn smpi org luar tau…. ini tidak…hurmmmm…..btol2 5×5…. pusing2 sebut jwapannya tetap sama….cari jodoh yg sepadan… aidil cari wanita yg tahap pemikiran sama mcm dia… rita cari lelaki yg bole mengikut rentak dia…. kalau bole cari yg cucuk hidung… mest btol pada mata dia 100%… lau bole cari yg yatim piatu… xyah lah sesusah nk menjaga ati or mengambil hati keluarga mertua bagai… setiap kali cerai mest alasan masalah dgn famly suami….

  9. pesona_wanny says:

    support you till end.. sis!

  10. hina says:

    tak puas meroyan RR ini. suratkhabar sinar hari ini pun dia sebut, lebih banyak pahit dr manis…..pahit yg dicari sendiri….

  11. Unagi No Sushi says:

    Disuruh kmbali taat, tak nak.. Nak dicerai dlm mahkamah pun rita tak nak, dia asyik main tarik tali. Bila dicerai secara sms, awak tuduh plak laki hina awak. Complicated btol pmpuan yg nama rita rudaini ni. Apa yg dia nk sbenornye la hai.. Dengarnya, sbelom aidil htr sms tu, rita memang byk kali provok aidil dgn kata2 meminta cerai dan menghina aidil serta family dia. Jd memang padan la ye? Sy ni walau pmpuan tp tak menyokong anda, rita sbb kata2 awak melalui suratkhabar dan media mmg tak menunjukkan awak hormat kat suami dn mertua. Mungkin diorang pun ada buat slh, tp spatutnya awak serang diorang cmtu. Kalau mmg dh awak redha dan gmbira konflik dh berakhir ngan penceraian ni, maka tak perlu la nk ckp2 lg mcm ni seolah menunjukkan awak berdendam tau dan tak nampak awak redha. Alangkah baiknya kalau awak mcm watak awak dlm cite Ku Pinang Kau dgn Bismillah yg sy tgk smlm. Kalau awak mcm tu, pasti masyarakat akan berasa amat ksian ngan awak, mmg tak patut dicerai ngan sms. Tp sygnya awak bkn cmtu… Sy kesian kat awak hanya kerana awak sndiri membuatkan diri awak nampak kurang baik.

  12. robyn says:

    Kesian anak2 digunakan utk raih simpati org ramai. Patutnya gunakanlah anak2 tu sbg penghubung antara korg berdua supaya masalah rmhtgga boleh dibaikpulih. Kesian budak2 tu jadi mangsa emak yg pukul canang mengaibkan bapak mereka. Satu hari nanti budak2 bilah dh cukup besar akan tahu kebenaran melalui media sosial dan ruang gossip spt blog nara ini, siapa yg terlebih membuka aib siapa. Aidil tetap bapa mereka, darah daging mereka so pasti akan meruap juga marah mereka nanti bila baca semua keburukan bapa yg dgn bangganya dibuka oleh mak mereka sendiri.. Masa tu, kesian kat engkau Rita. Matter of time je aib engkau akan terbuka sendiri pd anak2 engkau. Gossip2 di internet ini akan menjadi bukti, cos everything you told and written here stays forever to be referred to in the future!

  13. Apernie says:

    sendiri minta hina.. nak cakap orang hina plak.. aper jer lahhh si Rita ni..

  14. Kak Lang says:

    Tak habis2 Rita ni. Memang betul kata Aidil mengaibkan suami. Tunjuk SMS kat satu dunia. Walau salah dan buruk macam mana pun suami, hukum agama kita tak boleh lawan. Macam mana betul pun isteri, isteri wajib mentaati suami. Suami yang salah dan banyak kelemahan, bukan isteri yang menghukumnya di dunia ini, tetapi Allah, di dunia dan di akhirat.

  15. Mirai Suenaga says:

    alahhh makcik ni. Kes dia dah selesai, duk naikkan balik. Tak faham aku!

  16. tapai pulut says:

    dah cerai tu sudah laa..apa nak bagi statement memburukkan ex husband lagi? tak sedar2 diri lagi ke? zaidi tak advice rita rudaini ke suruh jaga mulut tu?..suruh abaikan saje org2 media..lagi byk rita rudaini bukak mulut, lagi byk kelemahan diri dia didedahkan..lagi byk kepincangan diri dia sebagai bekas isteri dijaja kepada umum..keluarga rita rudaini ni takde ke yg boleh berfikir waras untuk nasihatkan rita supaya muhasabah diri? sampai bila kita nak punya fikiran bahawa setiap masalah yg berlaku adalah atas silap org lain? kita kena kaji diri kita sendiri juga..kerana setiap masalah berlaku adalah dari sumbangan pihak2 (samada sumbangan besar atau kecil), bukan sebelah pihak sahaja. rita rudaini dan aidil diharap dpt menerima keputusan ini positively…bercerai ni adat lah..yg penting tanggungjawab pada anak jgn lupa..edah isteri jgn lupa..bab hadhanah dengarnya persetujuan bersama, alhamdulillah. semoga perceraian korang ni menjadikan rita rudaini dan aidil yang baru yg mempunyai banyak penambahbaikan..

  17. naz says:

    betul ke rita ckp cmni kalau xde org yg sibuk taya… ok tutup kes… rasaya rita pun da lama pasrah dgn aidil nie, cuma bila dalam court l mmg suka tuka citer nak back up diri sb tu kes jadi berpanjangan… tu yg jd xpuas hati kelua cite semua,,,

  18. takdir Allah says:

    kepada RR…

    “GOD WILL NEVER LEAVE YOU EMPTY, HE WILL REPLACE EVERYTHING YOU LOST, IF HE ASKS YOU TO PUT SOMETHING DOWN, IT IS BECAUSE HE WANTS YOU TO PICK UP SOMETHING GREATER”…

    Allah menguji hambaNYA dari pelbagai sudut …kesihatan…kecantikan..miskin…kaya…harta…anak anak…suami…mertua…ipar duai….dsb….Rita dan ramai lagi perempuan di luar sana di uji dari segi perkahwinan…dan suami….so redha dan terima…hati akan jadi tenang….

  19. reeta says:

    I know you rita. you memang jenis sombong dan degil…dah ibu mertua nak berbaik-baik engkau yang tak nak. Cuab kau fikir sikit perasaan orang lain kalau engkau buat macam tu. Punca nya semua dari engkau sendiri. Cermin diri engkau tu.

    Tak payah nak mengharap simpati ramai. Mula-mula orang simpati lama-lama orang meluat bila tahu keadaan kau sebenarnya. KAU TU DEGIL!!!DULU GADUH SESAMA ARTIS!!KAU JUGAK KAN?..so semua orang tahu perangai engkau.

    Untuk Aidil,

    Tuntut saje anak tu melalui mahkamah. Kau sebagai ayah sangat berhak keatas anak tu!!!mesti ramai yang sokong!!

  20. reeta gedik says:

    kau tak degil ke reeta oiiii…..kau tak pernah wat silap ke reeta oiiii….kau tu perfect sangat ke reeta oiiii…kau tu ikut kata sangat ke reeta oiiii…kau tak pernah bergaduh ke reeta oiiii…
    kau ni berlagak bagus …jangan apa yang kau doa kan ni kena kat diri kau pulak nanti…kalau kau ada laki jangan nanti laki kau akan ceraikan kau dengan talak 3…nak cina buta pun tak sapa nak kat kau ni..sbb mulut cam puaka …

    dalam islam hak penjagaan anak kepada si IBU …tapi kalau anak kau nanti walau hak di atas kau ibunya anak pun tak ingin nak ikut kot sbb mulut cm puaka….tapi kalau kau NYAHHHHH lagi la hampeh !

  21. hanari says:

    yang menjadi korban perceraian adalah anak,semoga hak-haknya tidak menjadi terabaikan

  22. […] Cerai Melalui SMS Umpama Hina Saya Sebagai Isteri & Wanita – Rita Rudaini (148) […]

  23. […] Cerai Melalui SMS Umpama Hina Saya Sebagai Isteri & Wanita – Rita Rudaini (149) […]