Penyanyi dan pengarah terkenal, Mawi menafikan dakwaan palsu di media sosial kononnya dia sudah menceraikan isterinya, Nora Asikin Rahmat.
Menerusi hantaran di Instagram, Mawi meluahkan rasa kecewa dengan sebuah akaun Facebook bernama Cahya Icha yang menyebarkan fitnah itu hingga mencetuskan kekeliruan.
View this post on Instagram
Tulis Mawi,
Apa benda ni? FB Cahya Icha, kenapa buat cerita macam ni? Yang komen pun… Adoi. Saman RM150 juta onz!
Perkara itu turut menarik perhatian rakan artis. Amin Idris menyifatkan tindakan berkenaan hanya mahu mencari perhatian, manakala Kmy Kmo menjelaskan ia mungkin taktik scammer untuk raih klik dan bayaran.
Fitnah yang tersebar mendakwa Mawi sudah melafazkan cerai terhadap isterinya sekaligus mengundang pelbagai reaksi netizen. Namun, Mawi menegaskan berita tersebut tidak benar dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat.