“Cepatlah Kahwin Bersemut Sangat Ni!” – Wan Sharmila Merajuk, Syazwan Zulkifly Hadiahkan Cincin Sebagai Tanda Pujuk

Hiburan

“Cepatlah Kahwin Bersemut Sangat Ni!” – Wan Sharmila Merajuk, Syazwan Zulkifly Hadiahkan Cincin Sebagai Tanda Pujuk

Seakan kembali menghangatkan lagi gosip yang kononnya kedua-dua mereka menjalinkan hubungan cinta, pelakon Syazwan Zulkifly sekali lagi mencuri perhatian netizen khususnya para peminat selepas beliau bertindak menghadiahkan sebentuk cincin kepada aktres Wan Sharmila.

“Cepatlah Kahwin! Bersemut Sangat Ni!” - Wan Sharmila Merajuk, Syazwan Zulkifly Hadiahkan Cincin Sebagai Tanda Pujuk

Advertisement

Syazwan juga khabarnya tidak ketinggalan berkongsi momen manis sewaktu memberikan kejutan kepada Wan Sharmila atau lebih mesra dipanggil Lala selepas beliau dilihat tampil memuat naik video tersebut kepada umum di laman Instagram miliknya.

“Cepatlah Kahwin! Bersemut Sangat Ni!” - Wan Sharmila Merajuk, Syazwan Zulkifly Hadiahkan Cincin Sebagai Tanda Pujuk

Menerusi video yang dikongsi Syazwan di akaun Instagramnya, aktor itu menjelaskan hadiah tersebut merupakan inisiatif dirinya untuk memujuk Lala yang sedang merajuk.

“Sehari juga kakak korang @lala.wansharmila ni merajuk tak balas WhatApps dan korang tengoklah muka dia masa awal-awal live tu, masam je kan? Ini dia dah boleh senyum balik, kira okay lah tu kan? Hehe.”

Meskipun sebelum ini menegaskan hubungan mereka hanyalah sekadar kawan, namun menejengah ke ruangan komen rata-rata peminat berharap Syazwan dan Lala menjadi pasangan.

“Cepatlah Kahwin! Bersemut Sangat Ni!” - Wan Sharmila Merajuk, Syazwan Zulkifly Hadiahkan Cincin Sebagai Tanda Pujuk “Cepatlah Kahwin! Bersemut Sangat Ni!” - Wan Sharmila Merajuk, Syazwan Zulkifly Hadiahkan Cincin Sebagai Tanda Pujuk “Cepatlah Kahwin! Bersemut Sangat Ni!” - Wan Sharmila Merajuk, Syazwan Zulkifly Hadiahkan Cincin Sebagai Tanda Pujuk

Malah, wujud juga segelintir peminat fanatik mereka yang tidak putus-putus mendoakan hubungan mereka berakhir hingga ke jinjang pelamin.

Terdahulu, Lala sebelum ini mengakui ramai dalam kalangan peminat yang menginginkan mereka menjadi pasangan suami isteri sama seperti dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang dibintangi mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...