Cepat Masa Berlalu, Netizen Sebak Ayash Affan Dah Pandai Berjalan – “Dia Tak Kenal Ibu Dia Tapi Hidup Dia Dikelilingi Kasih Sayang”

Hiburan

Cepat Masa Berlalu, Netizen Sebak Ayash Affan Dah Pandai Berjalan – “Dia Tak Kenal Ibu Dia Tapi Hidup Dia Dikelilingi Kasih Sayang”

Ketika ini, nama Shuib dan Watie menjadi bualan hangat di media sosial terutamanya dalam kalangan peminat apabila mereka sedang dalam fasa mengenali satu sama lain.

Malah, Shuib membuatkan ramai teruja apabila dia seolah-olah memberi bayangan bakal menjadikan Watie isterinya tidak lama lagi.

Advertisement

Shuib Watie
1 year ago

(VIDEO) "Doakan Majlis Kami Dipermudahkan" - Shuib Bagi 'Teaser' Bakal Kahwin Dengan Watie Dalam Masa Terdekat?

Bukan hanya kisah peribadi Shuib yang menjadi bualan tetapi juga perkembangan anak keempatnya bersama Allahyarham, Ayash Affan turut meraih perhatian warganet.

Selepas satu tahun lima bulan pemergiaan arwah, ramai masih teringat tentangnya dan kehadiran Ayash memberi kegembiraan serta mengubat rindu orang ramai terhadap ibunya.

Beberapa hari lepas, Ayash yang kini berusia satu tahun lebih itu mencuri tumpuan apabila dia seperti sedang belajar pergerakan solat.

Menerusi video di Instagram, Ayash dilihat mengikut cara bersujud dan duduk tahiyat akhir namun sebaik ternampak dirinya dirakam dia mengalihkan badan dari kamera.

Bukan itu sahaja, video dimuat naik oleh ibu tiri arwah di TikTok juga menyentuh hati ramai netizen apabila Ayash dilihat sudah mula ‘bertatih’.

Ayash sendiri dilihat begitu seronok apabila sudah mula pandai berjalan dikelilingi oleh bapa, atuk dan adik beradiknya yang lain.

@suciuwais

Ayash dah pandai berjalan. #babyboy #ayashaffan #fyp #family #cintahati

? Jangan Kau Mimpi – Sarah

Rata-ratanya gembira melihat perkembangan anak arwah dan akui merindui penyanyi itu serta perwatakannya yang ceria serta suka ketawa.

Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir tiga hari selepas melahirkan Ayash akibat jangkitan Covid-19 pada 9 Ogos 2021.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...