Wow. Cantiknya Hermazing Bag rekaan Christy Ng yang tengah laku bak pisang goreng panas di laman rasmi HERMO ini.
Buat anda yang tidak tahu, Hermazing bag ini adalah hasil kerjasama antara pereka fesyen terkenal, Christy Ng dan portal kecantikan online yang terkemuka di Malaysia , HERMO. Bermula dengan mencipta kasut mampu milik buat wanita Malaysia, kini Christy Ng telah menceburi dunia rekaan beg dan Hermazing Bag merupakan koleksi khas terkini diperkenalkan. Rekaan Christy Ng ini sangat wow dan unik. Dengan kerjasama Hermo Malaysia sebagai laman web produk kecantikan nombor 1 di Malaysia*, dijangkakan lebih ramai wanita Malaysia akan dapat menyerlahkan kejelitaan dan kecantikan mereka dengan menyandang Hermazing Bag di bahu mereka.
*sumber https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/
Dengan 8 pilihan warna yang memikat hati, Hermazing Bag ini memang sesuai untuk digayakan oleh seorang wanita. Berbentuk bulat, Hermazing Bag boleh disandangkan di bahu atau dipegang pada tangan. Apabila membuka zip beg ini, akan ternampak 2 kompartment tersedia untuk anda meletakkan alat solek seperti eye brush, lipstik dan alat-alat solek yang lain. Turut disediakan ialah tali 41’ yang boleh disesuaikan mengikut keselesaan anda. Hermazing Bag diperbuat daripada PU dan juga microfiber yang tahan lasak.
Paling penting, Hermazing Bag ini akan menyerlahkan lagi kejelitaan dan gaya moden anda. Memang sesuai untuk dibawa ke pejabat, makan malam atau bercuti. Ia sesuai dengan apa jua stail fesyen anda. Hijabista pun confirm bertambah meletup dengan beg ini. Lagi best, apabila anda membeli Hermazing Bag, sebuah cermin kecil untuk memudahkan anda bersolek turut tersedia di dalamnya. Memang perfect sangat-sangat.
Menariknya, bag ini juga menjadi pilihan selebriti popular dan juga hijabister. Nak tampil glamor dan menawan seperti mereka? Hermazing Bag adalah pilihan tepat dan menunjukkan betapa bergayanya anda. Lebih elegan!
Dan ada satu berita baik untuk anda yang dah tak sabar nak mendapatkan Hermazing Bag rekaan Christy Ng ini, Hermo Malaysia telah berbesar hati untuk memberikan hadiah PERCUMA kepada mereka yang bertuah. Bukan calang-calang punya hadiah tau. Ia adalah Gal On The Go Kit yang bernilai RM90. Terus boleh letak dalam Hermazing Bag. Promosi awesome ini telah bermula dari 1 Dec yang lalu. Korang pun boleh dapat dari Christy Ng.com dan retails. Tapi korang kena ingat, first come, first serve dan selagi stok masih ada. Perlu diingatkan bahawa Hermazing Bag ini adalah limited edition. Kalau dah habis terjual, tak boleh beli dah. Jadi kalau nak tak nak terlepas, cepat-cepat pergi beli sekarang juga di SINI