“Cepat Atau Lambat, Tiada Siapa Yang Tahu Urusan Dia” – Amira Othman

Hiburan

“Cepat Atau Lambat, Tiada Siapa Yang Tahu Urusan Dia” – Amira Othman

Hantaran dimuat naik oleh penyanyi Amira Othman meraih perhatian selepas dia dilihat memakai busana pengantin serba putih.

Meskipun dipercayai hanya gimik pembikinan muzik video lagu baru, namun penyanyi berusia 31 tahun itu seperti memberi bayangan tentang jodoh.

Advertisement

Hidup kita semua mempunyai takdir yang berbeza-beza. Cepat atau lambat tiada siapa yang tahu urusan Dia.

Amira Othman

Amira juga turut memberikan kata-kata positif kepada orang ramai untuk tidak bimbang dengan kehidupan kita dan masa depan kerana Allah SWT itu ada di setiap fasa hidup.

Jangan khuatir tentang perjalanan kita, kerana kita ada Dia.

Dia yang dikatakan mempunyai hubungan dengan duda terhangat, Fattah Amin juga mengingatkan kita bahawa apa yang dilalui oleh setiap orang itu berbeza-beza.

Tiada perkara yang terjadi dalam hidup kita dikatakan lambat mahupun terlalu cepat kerana takdir kita semua adalah berbeza-beza.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by اميرا عثمان (@amiraaothman)

Dalam pada itu, ramai yang memuji kecantikan Amira dalam persalinan raja sehari dan tidak lupa juga turut mendoakan agar jodohnya bersama Fattah dipermudah.

bayangan tarikh kahwin Fattah Amin dan Amira Othman
2025-08-24 08:25:33

Video 'Founder' Butik Pakaian Buat Ramai Teruja, 'Reveal' Tarikh Nikah Fattah Amin & Amira Othman?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...