CEO Xiaomi Kantoi Gunakan iPhone Ketika Muatnaik Status Di Aplikasi Weibo

Teknologi

CEO Xiaomi Kantoi Gunakan iPhone Ketika Muatnaik Status Di Aplikasi Weibo

Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun secara ringkas menyiarkan sesuatu di Weibo menggunakan iPhone. Insiden ini kemudian menyebabkan netizen menuduh eksekutif itu tidak menggunakan telefon syarikatnya sendiri dan bergantung pada Apple sebagai gantinya.

Pastinya dari perspektif pengguna, CEO syarikat perlu mewakili syarikatnya untuk menyakinkan pengguna dengan produk keluaran syarikat tersebut. Walaupun status tersebut kemudian segera dipadamkan namun orang ramai telah sempat merakamnya dan ia telah dikongsikan secara meluas.

Advertisement
ceo xiaomi

Paparan di Weibo.

Lei Jun menyiarkan gambar beberapa buku di Weibo dan di dalam kapsyennya, dia mendorong pengikut untuk menghabiskan wang mereka untuk bahan bacaan. Menyedari kesilapan itu, dia kemudian segera membuang status tersebut dan memuat naik post yang sama menggunakan telefon Xiaomi 10 Pro.

Jutawan itu kemudiannya mendapat kecaman hebat daripada ‘keyboard warriors’. Dalam kes ini, ada yang mendakwa Lei Jun tidak menghormati pengguna Xiaomi kerana menggunakan telefon dari jenama yang bersaing.

Di sebalik kecaman daripada pengguna telefon Android terutamanya, ada yang membelanya dengan mengatakan bahawa mereka seharusnya membiarkan kesalahan Lei Jun kali ini.

Untuk makluman, ini bukan lah kes pertama di mana seorang CEO dari jenama pesaing menghadapi situasi seperti ini. Ketua Pegawai Eksekutif Huawei, Ren Zhengfei dan keluarganya, misalnya, mengakui bahawa mereka telah menggunakan iPhone malah memuji ciri ekosistemnya.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...