CEO WWE Vince McMahon Antara Yang Dipilih Sebagai Penasihat Ekonomi Amerika Syarikat Oleh Donald Trump

Trending

CEO WWE Vince McMahon Antara Yang Dipilih Sebagai Penasihat Ekonomi Amerika Syarikat Oleh Donald Trump

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengumumkan barisan pimpinan yang akan membantunya dalam mengembalikan kestabilan ekonomi negara tersebut. Di dalam kenyataan itu, beliau memberitahu telah mengumpulkan satu pasukan terdiri daripada pesuruhjaya dari empat sukan terbaik Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat kini menghadapi fasa kejatuhan ekonomi yang terburuk akibat pandemik COVID-19 yang menular dari China. Sehinggakan kadar pengangguran di negara itu dijangkakan akan mencapai pada kadar 20 juta pada bulan ini. Bagi menaikkan kembali ekonomi negara, beliau telah mengambil langkah menubuhkan pasukan ini.

Advertisement

donald trump

CEO WWE, Vince McMahon antara yang disenaraikan akan menjadi penasihat ekonomi beliau. Turut berada di dalam senarai ini adalah 20 nama-nama besar dalam industri masing-masing. Berikut adalah nama-nama terkenal yang mungkin akan berada di dalam pasukan ini:

  • Jamie Dimon, CEO JPMorgan Chase
  • David Solomon, CEO Goldman Sachs
  • Stephen Schwarzman, CEO Blackstone
  • James Quincey, CEO  Coca-Cola
  • Chris Kempczinski, CEO McDonald’s
  • Mike Roman, CEO 3M
  • Daniel O’Day, CEO Gilead Sciences
  • Sheldon Adelson, CEO Las Vegas Sands
  • Elon Musk, CEO Tesla
  • Jeff Bezos, CEO Amazon
  • Tim Cook, CEO Apple
  • Mark Zuckerberg, CEO Facebook
  • John Malone, CEO Liberty Media
  • Adam Silver, NBA
  • Roger Goodell, NFL
  • Vince McMahon, CEO WWE
  • Bob Kraft, pemilik New England Patriots
  • Mark Cuban, pemilik Dallas Mavericks
  • Condoleezza Rice, bekas setiausaha negara
  • Steve Forbes, editor-in-chief majalah Forbes

Di dalam taklimat pada Selasa lalu, Donald Trump turut membenarkan WWE untuk meneruskan pertunjukan secara langsung di Performance Center, Orlando tanpa penonton. WWE masih lagi diteruskan walaupun Amerika Syarikat kini sedang menjalani perintah berkurung.

WWE dilihat sebagai satu sumbangan penting kepada negara, oleh itu kebenaran diberikan untuk meneruskan rakaman dari tempat latihan setiap minggu. Beliau juga turut menekankan kepentingan mengembalikan semula aktiviti sukan ke kehidupan seharian selepas wabak COVID-19 memaksa beberapa acara dihentikan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...