‘CEO Batu’ Didakwa Sekali Lagi, Simpan Bahan Luc*h Dalam Telefon Bimbit

Hiburan

‘CEO Batu’ Didakwa Sekali Lagi, Simpan Bahan Luc*h Dalam Telefon Bimbit

Pempengaruh dikenali sebagai ‘CEO Batu’ hari ini didakwa lagi di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menyimpan bahan lucah dalan telefon bimbitnya pada Mei lalu.

Menurut Kosmo, tertuduh Muhamad Iqbal Muhamad Nor, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Chai Guan Hock.

Advertisement

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menyimpan video dan gambar lucah dalam simpanan galeri telefon bimbit miliknya.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di pejabat pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak jam 11.39 pagi pada 22 Mei lalu.

CEO Batu didakwa simpan bahan lucah

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 292 kanun sama yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Birr Zamier Abu Bakar mencadangkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin namun peguam mewakili tertuduh iaitu Nabil Ashraff Ridzuan memohon jaminan rendah.

Sebelum ini anak guam mempunyai pendapatan sekitar RM3,000, bagaimanapun sejak kes ini, banyak kontrak ditamatkan. Bapa tertuduh bekerja di sebuah kilang, tertuduh sendiri mempunyai masalah saraf akibat kemalangan, mohon mahkamah mempertimbangkan jaminan rendah dengan mengambil kira faktor-faktor ini.

Majistret Guan Hock membenarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 September ini untuk sebutan semula kes.

Didakwa Lakukan Amang S*ksual Bukan Fizikal Terhadap Remaja Perempuan, CEO Batu Mengaku Tak Bersalah
2025-07-10 11:51:05

Didakwa Lakukan Amang S*ksual Bukan Fizikal Terhadap Remaja Perempuan, CEO Batu Mengaku Tak Bersalah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...