“Cendol Durian” Atau “Kek Cendol Durian D24” Dari Ikea Jadi Pilihan?

Trending

“Cendol Durian” Atau “Kek Cendol Durian D24” Dari Ikea Jadi Pilihan?

Durian adalah raja segala buah-buahan di Malaysia. Bagi peminat durian mereka sanggup menghabiskan wang untuk mendapatkan produk durian seperti kek, ais krim dan pelbagai lagi.

Advertisement

Pada bulan April lepas, Secret Recipe telah memperkenalkan kek berperisa durian serba baharu. Ia sangatlah terhad untuk didapati kerana permintaannya sangat tinggi.

Bukan itu sahaja, McDonalds’ juga mengeluarkan kembali ais krim berperisa durian. Apabila musim durian hadir begitulah suasana pasaran di Malaysia. Pasti ramai orang ingin mendapatkan ais krim dan kek durian.

Advertisement

Terbaru Ikea Malaysia pula memperkenalkan menu baru iaitu kek Cendol Durian D24. Pasti anda tertanya-tertanya mengapa kek Cendol Durian?

Ini kerana masyarakat di sini sering kali makan cendol bersama durian. Bersempena Ramadan ini, singgahlah ke Ikea untuk merasai sendiri menu baru ini bersama keluarga dan kawan-kawan.

Untuk pengetahuan anda, kek istimewa itu mula dijual mulai hari ini sehingga 4 Jun depan. Harga bagi sebiji kek tersebut adalah RM102.90 seberat 1.4kg.

Selain Kek Cendol Durian D24, IKEA turut memperkenalkan dua lagi kek iaitu perisa Ondeh-Ondeh berharga RM74.90, manakala Pulut Hitam dijual dengan harga RM86.90.

Tak sabar nak rasa kek Cendol Durian D24 bila berbuka puasa di sana nanti!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...