Cemerlang ACCA Dan CAT, Dua Pelajar Tersenarai Antara 10 Terbaik Dunia

Kehidupan

Cemerlang ACCA Dan CAT, Dua Pelajar Tersenarai Antara 10 Terbaik Dunia

Terbaru di Shah Alam, dua pelajar Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjadi kebanggaan apabila berjaya melakar kecemerlangan dimana pelajar itu tersenarai diantara 10 terbaik dunia dalam peperiksaan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan Certified Accounting Technician (CAT) pada Disember lalu.

Dalam kenyataan tersebut, UiTM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan dua pelajar cemerlang itu adalah Fatin Najwa Azman, 22, pelajar semester kelima program ACCA dan Putera Aiman Abdul Rashid, 19, pelajar semester akhir program CAT.

Advertisement

Lebih membanggakan, Fatin Najwa mendapat tempat pertama di Malaysia dan kesembilan dunia bagi peperiksaan Audit and Assurance (AA) manakala Putera Aiman pula menggungguli tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia bagi peperiksaan Maintaning Financial Records (FA2). Sungguh hebat anak muda ini..

Dekan Fakulti Perakaunan, Prof Dr Haslinda Yusoff turut melahirkan rasa bangga kerana kedua-dua pelajar itu amat komited dan berdedikasi dalam pelajaran ditambah suasana pembelajaran yang positif.

“Pihak fakulti amat proaktif dalam memupuk suasana pembelajaran yang berkesan. Sistem pengajaran dan pembelajaran yang efektif di UiTM adalah kombinasi dalam kejayaan pelajar”

“Kejayaan ini juga membuktikan kecemerlangan Bumiputera dalam bidang perakauan. Ia boleh dijadikan rangsangan bagi melahirkan lebih ramai profesional perakaunan bumiputera terbaik di dunia” 

Sumber : Google

Beliau turut berharap kedua-dua pelajar berkenaan dapat menjadi contoh dan pemangkin semangat kepada semua warga UiTM khususnya untuk terus memberikan yang terbaik demi menjadikan universiti atau institusi sebagai pendidikan unggul dunia.

Dalam kenyataan BERNAMA, UiTM adalah universiti awam pertama di Malaysia menerima ACCA Platinum Award sejak Julai 2011 dan terus berperanan sebagai institusi pengajian awam utama dalam mendokong pencapaian aspirasi negara untuk menghasilkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...