Penyanyi cantik manis, Dayang Nurfaizah mengakui menyimpan hasrat untuk berkahwin dan mendirikan rumah tangga setelah melihat ramai rakan-rakan seperjuangan telah menamatkan zaman bujang masing-masing.
Secara berseloroh, penyanyi lagu Di Pintu Syurga ini berkata dia berasa cemburu melihatkan ramai rakan selebriti telah ‘sampai seru’ namun hanya menyerahkan soal jodoh kepada takdir.
Katanya lagi, dia tidak pernah merancang dalam soal ini mungkin kerana takut bakal kecewa jika terlalu berharap.
View this post on Instagram
“Saya tak merancang tapi saya jealous..tapi semua itu adalah soal jodoh..saya pun teringin tapi tengok la macam mana. InsyaAllah kalau ada jodoh nanti, doa-doakanlah..”
Dia yang berumur 40 tahun pada tahun ini, Dayang hanya menyerah soal jodoh perkahwinan kepada Yang Maha Esa.
View this post on Instagram
Perkembangan terkini, Dayang bakal muncul dengan sebuah album baharunya berjudul Belagu yang menampilkan seleksi lagu-lagu klasik dan melayu lama yang diberi nafas baru namun tidak jauh daripada idea asal, dijangka pada bulan Februari ini.