Seorang selebriti Mexico, Lyn May kini menderita sehingga akhir hayatnya akibat pengkhianatan rakannya sendiri.
Lyn yang pada mulanya bekerja di sebuah kelab malam sebagai penari sebelum menjadi terkenal kerana kecantikannya itu mula menjadi popular sebelum bergelar artis neegara itu.
Sekitar tahun 1970 hingga 1990, Lyn berada di zaman kegemilangan namun ada yang mula iri hati dengan kejayaan dan populariti yang dikecapinya.
Gara-gara berasa tertekan untuk mengekalkan kecantikan yang dimiliki, rakan Lyn menyarankan agar wanita itu menyuntik kolagen bagi memastikan kulit wajahnya kekal anjal.
Namun, tanpa diketahui Lyn, kolagen itu sebenarnya terdiri daripada bahan seperti minyak masak, minyak bayi dan juga air.
Her name is Lilia Guadalupe Mendiola her stage name is Lyn May. She was a super famous vedette dancer/actress from the 70-90s.
The irony of her situation is that she was gorgeous pre-surgery.
At the height of her career, she was pressured to keep her youthful appearance and… pic.twitter.com/aqcVfqcATS
— Omo Ure 🇳🇬 (@iam__temmyyy) September 20, 2024
Gara-gara itu, wajah Lyn yang pada awalnya sangat cantik akhirnya bertukar kembang dan membesar sehingga ke hari ini.
Lyn atau nama sebenarnya Lilia Guadalupe Mendiola yang kini berusia 72 tahun dilaporkan masih lagi perlu melalui beberapa prosedur surgeri bagi menyingkirkan cecair berkenaan di wajahnya itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.