Cemburu Bekas Isteri Kahwin Lain, Lelaki ‘Tembak’ Cermin Kereta Hingga Pecah

Trending

Cemburu Bekas Isteri Kahwin Lain, Lelaki ‘Tembak’ Cermin Kereta Hingga Pecah

Hanya kerana cemburu buta selepas bekas isterinya sudah berkahwin lain, seorang peniaga tergamak menembak cermin kereta yang dipandu wanita itu bersama tiga anak mereka.

Dalam kejadian pada pukul 7.30 petang itu, suspek dipercayai menembak bahagian cermin belakang tempat duduk penumpang kereta jenis Kia Rio milik bekas isterinya yang berusia dalam lingkungan 30-an.

Memetik laporan Kosmo, kereta yang dipandu mangsa bersama anak-anak yang berusia 3, 5 dan 13 tahun itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka telah diekori oleh kereta suspek.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, kereta wanita yang juga merupakan seorang peniaga itu dipercayai telah ditembak selepas dia mendengar bunyi satu das tembakan pada bahagian cermin belakang.

Advertisement

bekas suami cemburu

“Mangsa tidak nampak sebarang senjata api yang digunakan suspek dan hanya mendengar bunyi seakan tembakan sehingga menyebabkan cermin kanan bahagian belakang telah pecah”

Katanya, wanita itu dapat mengecam bekas suaminya yang melakukan perbuatan berkenaan berdasarkan kereta yang digunakan oleh suspek

Difahamkan, mangsa dan tiga orang anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden itu. Pun begitu, siasatan terhadap kereta mangsa mendapati terdapat lubang dan kesan retak akibat daripada tembakan itu.

Setakat ini, polis masih belum dapat membuat sebarang pengesahan dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengenai jenis senjata api atau lain-lain senjata yang digunakan oleh suspek.

Orang ramai di sekitar tempat kejadian juga tidak mendengar sebarang bunyi tembakan.

Menyingkap kejadian dahulu, dia dan bekas suaminya sudah berpisah setahun lalu. Khabarnya, lelaki itu bertindak sedemikian selepas dipercayai cemburu apabila bekas isterinya sudah berkahwin lain.

Kata Wan Khairuddin, sehubungan dengan itu, polis telah menahan suspek di rumahnya di sini pagi tadi untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana melakukan cubaan bunuh.

Macam-macam hal ya zaman sekarang..

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...