Tindakan Nur Sajat menunaikan ibadah umrah seperti wanita, lengkap dengan tudung, purdah serta telekung mengundang kontroversi. Ramai yang tidak puas hati dengannya kerana seakan mempermainkan agama.
Ada yang berpendapat, jika dia tipu mengenai soal jantinanya yang sebelum ini dikatakan sebagai lelaki, itu antara Sajat dan Tuhan. Namun, rata-rata netizen tidak boleh menerima cara usahawan itu yang “mencemarkan” bumi Makkah dan Madinah iaitu dua tempat paling suci bagi umat Islam. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh dan tindakan serius perlu diambil.
Pelbagai kecaman yang dilemparkan kepada Sajat ada yang telah membuat laporan terus kepada kerajaan Arab Saudi untuk mereka mengambil tindakan terhadap Sajat dan rakan-rakannya.
Polis arab cari Sajat?
Kontroversi Sajat berpakaian wanita di Tanah Suci bukan sahaja tular di tanah air, malah kini telah diketahui pihak berkuasa Arab Saudi. Perkara tersebut diceritakan oleh Pencetus Ummah Amin yang kini berada di Tanah Suci mengiringi jemaah sebagai mutawif.
Menurut PU Amin, pihak polis memberikan amaran supaya tidak melakukan perkara-perkara tidak dibenarkan dan dilaknat Allah SWT. Jangan cemarkan tempat suci dan ibadah.
Apa yang lebih membimbangkan, jika perbuatan itu tidak dihentikan ia akan turut memberi kesan kepada rakyat Malaysia lain yang ingin menunaikan umrah selepas ini.
Hal seperti ini memang sangat mengecewakan, dahulu golongan “mak nyah”, transgender dan apa sahaja panggilan mereka pergi menunaikan umrah untuk bertaubat dan bukannya berlaku seperti kes sebegini. Mungkin sudah tiba masanya untuk pihak berwajib sekali lagi menyiasat identiti sebenar Sajat. Harus diketahui umum agar tidak lagi mencetuskan kekeliruan dan fitnah.