“Cemar Budaya Islam & Jatuhkan Maruah, ‘Trend’ Alamak Raya Lagi Boleh Jatuh Hukum Haram” – Mufti Terengganu

Kehidupan

“Cemar Budaya Islam & Jatuhkan Maruah, ‘Trend’ Alamak Raya Lagi Boleh Jatuh Hukum Haram” – Mufti Terengganu

Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Harun berkata, aksi dan gaya tarian menggunakan lagu ‘Alamak Raya Lagi’ yang menjadi trend masa kini boleh membawa kepada hukum haram sekiranya pelaku mendedahkan auratnya.

Menjatuhkan maruah

Jelas beliau, trend melenggokkkan bentuk badan yang dilakukan wanita beragama Islam perlu dielakkan kerana ia dilihat menjatuhkan maruah mereka selain mencemarkan keharmonian perayaan Aidilfitri.

Advertisement

Dalam masa yang sama, beliau meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir masyarakat kita yang mudah terikut-ikut dengan trend semasa tanpa memikirkan positif atau negatif trend itu.

Sepatutnya perbuatan tersebut dielakkan kerana boleh menonjolkan aurat yang boleh membawa kepada haram.

Cemar budaya Islam

Beliau menyeru umat Islam supaya berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu. Jika tidak, ia dibimbangi akan menjerumuskan diri kepada fitnah yang mencemarkan budaya Islam itu sendiri.

Terdahulu, tular di media sosial lagu ‘Alamak raya lagi’ nyanyian kumpulan De Fam yang didakwa berunsur negatif.

Ada pihak mendakwa lirik yang dinyatakan seolah-olah mengeluh dengan kehadiran Aidilfitri yang sepatutnya disambut dengan penuh rasa syukur.

cheb de fam
1 month ago

"Kenapa Alamak, Patutnya Alhamdullilah" - Lagu Raya De Fam Dikritik Cheb Ali, Anggap Mengarut Dan Tak Islamik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...