CelcomDigi Raikan Belia Malaysia dengan Teknologi 5G Sempena Hari Kebangsaan

Teknologi

CelcomDigi Raikan Belia Malaysia dengan Teknologi 5G Sempena Hari Kebangsaan

Sempena sambutan Hari Kebangsaan-67 dan Hari Malaysia yang ke-61, CelcomDigi Berhad merubah perhatian kepada penyambung legasi yang akan membentuk masa depan negara.

Dalam penghargaan yang menyentuh hati terhadap inovasi dan cita-cita, filem terbaru CelcomDigi, “Terang,” membawa penonton dalam perjalanan inspirasi melalui kehidupan 8 belia yang berjaya.

Advertisement

Individu-individu ini secara tidak langsung mencerminkan semangat Generasi 5G, mewakili masa depan Malaysia yang dinamik, diberdayakan oleh teknologi terkini.

Pelbagai Latar Belakang Bentuk Generasi 5G

“Terang” menampilkan sekumpulan belia Malaysia yang pelbagai latar belakang dan bidang daripada hiburan, teknologi pendidikan, pelancongan, aktivisme sosial, dan pemeliharaan budaya. Filem ini memaparkan kisah Bunga, seorang rapper terkenal, dan rakan-rakannya Rocka Atelier, Projet Small Towns Malaysia, Zero Ong, dan Adrian Jo Milang.

Setiap seorang daripada mereka membawa perspektif dan semangat unik, menggunakan teknologi 5G CelcomDigi untuk memacu perubahan dan inovasi dalam bidang masing-masing.

Belia-belia ini sering disalah faham; pendekatan tidak konvensional mereka sering dianggap merunsingkan dan seolah memberontak. Namun, tekad dan kreativiti mereka adalah kuasa pendorong kemajuan yang patut diiktiraf dan disokong. Ia mengetengahkan bagaimana minda-minda muda ini, selaras dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini, Jiwa Merdeka, menggunakan teknologi untuk mencipta peluang dan membuka jalan bagi masa depan di mana inovasi dan teknologi menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian.

Untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan ini, CelcomDigi turut melancarkan Jualan 5G Gemilang, dengan tawaran hebat yang direka untuk membawa kuasa 5G kepada rakyat Malaysia.

Promosi ini termasuk pelan keluarga RM261/bulan dengan CelcomDigi ONE Ultra, yang menawarkan tiga talian postpaid 5G/4G tanpa had, 300 Mbps fiber ultra-pantas, dan peranti 5G terkini dari hanya RM1/bulan.

Terdapat juga tawaran internet berkelajuan tinggi dan pas video untuk pelanggan postpaid dan prepaid, penjimatan besar dalam pembelian peranti dengan Easy360, serta tawaran internet rumah yang bernilai tinggi.

Raikan bersama CelcomDigi dan manfaatkan tawaran hebat ini dengan melawat https://cd.link/5gemilang.

CelcomDigi mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan dan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...