Bermacam-macam jenis trend di TikTok yang mendapat perhatian netizen namun ada satu trend yang menimbulkan perdebatan netizen di media sosial.
Trend tentang menunjukkan perkahwinan di usia muda atau berkahwin dengan bekas pelajar atau guru kurang digemari dan menerima kritikan ramai.
Seperti sebuah video ini yang dimuat naik semula oleh seorang individu di Twitter dan telah menimbulkan ‘perbalahan’ pendapat dalam kalangan warganet.
Menerusi video dimuat naik oleh seorang wanita, dia menunjukkan perbezaan usianya dengan suami yang juga merupakan bekas gurunya di sekolah.
Dilahirkan pada tahun 2002, wanita itu bersuamikan seorang warga pendidik yang dilahirkan pada tahun 1969 iaitu berusia 53 tahun.
Oh My God not another one pic.twitter.com/9aaxqoQPs1
— Josh (@JshvnRy) July 12, 2022
Perkongsian seorang individu di Twitter telah memulakan perdebatan antara netizen yang memberikan pendapat masing-masing.
Individu itu seolah-olah mempertikaikan trend TikTok anak murid berkahwin dengan bekas guru dan isu ‘child grooming’ yang berlaku.
Sesetengah netizen dilihat mengkritik situasi itu dan menimbulkan dakwaan tentang ‘child grooming’ yang berlaku.
Bagaimanapun ramai netizen lain yang tidak setuju dengan individu itu dan berkata perkahwinan tersebut tiada masalah kerana ia bukanlah isu kahwin di bawah umur.
Sebaliknya, ia dikira perkahwinan yang sah kerana wanita itu kini sudah berusia 20 tahun.
Segelintir netizen dilihat meminta orang lain untuk tidak menaburkan fitnah terhadap suami wanita itu dan menuduhnya melakukan ‘child grooming’.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.