“Celah Mana Hang Ni Seorang Selebriti, Caprice Poyo But Everywhere I Go Orang Minta Gambar” – Caprice Sindir Asyraf Khalid?

Trending

“Celah Mana Hang Ni Seorang Selebriti, Caprice Poyo But Everywhere I Go Orang Minta Gambar” – Caprice Sindir Asyraf Khalid?

Sedia maklum, usahawan serta pengasas Apa Cerita? Podcast iaitu Asyraf Khalid telah pun membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap personaliti media sosial, Caprice yang tidak henti-henti ‘menyerangnya’ di platform media sosial.

Caprice sindir kenyataan Asyraf Khalid

Tampil membalas perkara tersebut, Caprice atau mesra dipanggil sebagai Cap ada memuat naik satu video seakan-akan menyindir Asyraf yang mengatakan dirinya seorang selebriti.

Advertisement

Sejak bila atau celah mana hang ni selebriti? Adakah anda seorang pelakon atau mungkin seorang penyanyi? Adakah anda seorang rapper atau supermodel? Ini hal yang baru untuk saya.

Susulan itu, Cap turut sempat menyenaraikan beberapa orang selebriti terkenal untuk memberi gambaran kepada Asyraf siapakah selebriti sebenar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

“Celah mana Acap ni seorang selebriti?”

Malah, dia juga sempat menyelitkan namanya sebagai seorang selebriti kerana mana-mana Caprice pergi, pasti akan ada yang mahu mengambil gambar dengannya.

Caprice poyo tapi kemana-mana saya pergi bro, orang minta nak ambil gambar. Itu level saya. Tapi celah mana Acap ni seorang selebriti?

Dalam pada itu, Caprice turut sempat memerli dengan mengatakan Asyraf patut memecat individu yang memberi cadangan melakukan press conference tersebut atau jika dirinya yang mahukan perkara itu, maka pecatlah diri sendiri.

Akhir kata, personaliti media sosial itu berkata dia akan menghubungi Asyraf Khalid untuk menyelesaikan isu yang sedang berlaku ketika ini secara tertutup.

asyrad khalid dan caprice
2025-08-01 19:25:41

Fail Saman Demi Maruah, Asyraf Khalid Kesal Dengan Caprice - "Benda Dia Buat Kacau Periuk Nasi Saya, Diserang Secara Berterusan.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...