Kes kematian Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datuk Mustapha, terus menjadi tumpuan selepas jenazahnya dikeluarkan semula 23 hari selepas dikebumikan untuk proses bedah siasat.
Jenazah Zara kemudiannya dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol Lama, Sipitang.
Kematian Zara yang dipercayai ada kaitan dengan kes buli menarik perhatian ramai, termasuk pelakon Rita, yang meluahkan rasa sebaknya di Instagram Stories, berkongsi tangkap layar ibu Zara yang menangis ketika pengecaman jenazah. Rita juga mengkritik pihak berwajib yang belum mengambil tindakan tegas, berkata,
Acik pengetua tu pun patut cekup soal siasat, warden pun sama.
Menurut laporan Sinar Harian, peguam keluarga Zara mengesahkan terdapat kecederaan dan patah pada tubuh arwah, namun jumlah kecederaan masih belum jelas. Rita berharap pihak yang bertanggungjawab segera disiasat bagi keadilan kepada Zara.