“Cegah Buli Siber” – Berkuat Kuasa Tahun Depan, Media Sosial Lebih 8 Juta Pengguna Wajib Berlesen

Berita

“Cegah Buli Siber” – Berkuat Kuasa Tahun Depan, Media Sosial Lebih 8 Juta Pengguna Wajib Berlesen

Melalui laporan Free Malaysia Today, bermula 1 Januari tahun hadapan, platform media sosial dan perkhidmatan pesanan Internet dengan lebih 8 juta pengguna wajib memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), pelaksaan ini dibuat susulan persetujuan Jemaah Menteri dalam usaha untuk memerangi jenayah siber termasuk penipuan atas talian, buli siber dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Advertisement

buli siber

Kegagalan memperoleh lesen selepas tarikh kuat kuasa adalah satu kesalahan, dan tindakan perundangan sewajarnya boleh diambil bawah Akta 588.

Kata SKMM, sebelum ini platform-platform terbabit dikecualikan daripada keperluan untuk memiliki lesen berdasarkan Perintah Komunikasi dan Multimedia (Pelesenan) (Pengecualian) 2000.

Langkah ini bakal mewujudkan ekosistem dalam talian lebih selamat, serta pengalaman yang lebih baik untuk para pengguna, terutama buat kanak-kanak dan seisi keluarga.

pembuli esha p shalini
4 months ago

"Yang Buat Kesalahan Jalan Bebas, Tersenyum.." - Ibu Esha Kesal Pembuli Hanya Didenda RM100, Patut Dipenjara Lima Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : FMT

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...