Cef Riz Kahwin Kali Ke-3, Cef Wan ‘Sponsor’ Duit Sebelum Bercuti Ke Hawaii

Hiburan

Cef Riz Kahwin Kali Ke-3, Cef Wan ‘Sponsor’ Duit Sebelum Bercuti Ke Hawaii

Cef selebriti terkenal, Datuk Cef Wan khabarnya telah menerima menantu baharu apabila anak lelakinya, Cef Riz telah selamat bernikah kali ketiga bersama wanita pilihan yang dikenali sebagai Nurul.

Cef Wan
3 years ago

Balik Bercuti Rumah Kotor, Cef Wan Rengsa Pembantu Rumah Tak Jalankan Amanah

Advertisement

Berita gembira tersebut turut dikongsikan Cef wan menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya pada hari Sabtu yang lalu.

Ujar Cef Wan, dia tidak hadir ke perkahwinan anaknya itu kerana sudah merancang percutian ke Honolulu, Hawaii sejak dua tahun yang lalu.

Disebabkan perancangan ini telah dibuat lebih dua tahun sebelum COVID-19 lagi, saya memutuskan untuk tidak hadir ke perkahwinan mereka dan meneruskan perancangan saya.

Dia dalam pada itu sempat mengucapkan tahniah buat Cef Riz dan Nurul di atas mahligai bahagia yang dibina dan berharap perkahwinan tersebut kekal hingga ke syurga.

Jelasnya lagi, perkahwinan itu telah mendapat restu dan dia juga ada memberikan sejumlah wang tunai kepada mereka untuk urusan majlis resepsi dan sebagainya.

Saya memberikan sejumlah wang tunai kepada mereka berdua untuk perkahwinan ini. Ingat tu, tak semua ibu bapa akan melakukan hal yang sama dengan menaja 100% perkahwinan mereka.

Saya cakap kepada anak lelaki saya ketika zaman COVID-19 ni, jangan bazirkan duit pergi bersanding jemput ramai orang dan membazir itu ini. Cukup nikah, keluarga yang datang mewakili saya, itu dah memadai.

Cef Wan juga sempat berseloroh agar dia tidak lagi mendengar berita perceraian mengenai anak-anaknya di masa hadapan.

Sekadar info, Cef Riz pernah mendirikan rumah tangga bersama Shikin Maembong pada 5 Disember 2014 namun bercerai pada Jun 2016.

Perkahwinan kali pertama Cef Riz bersama pelakon Ana Dahlia berakhir pada 10 Disember 2012 selepas 11 bulan bersama.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...