Cedera Teruk Akibat Dihempap, Doktor Maklum ‘Abang Belon’ Berdepan Risiko Lumpuh Kekal

Berita

Cedera Teruk Akibat Dihempap, Doktor Maklum ‘Abang Belon’ Berdepan Risiko Lumpuh Kekal

Memetik laporan Harian Metro, pegawai perubatan swasta, Dr Mohd Hafidz Rizal Amran memaklumkan Abang Belon atau nama sebenarnya, Muhammad Za’imuddin Azlan berdepan dengan risiko lumpuh kekal susulan saraf tulang belakang toraks T12 cedera teruk akibat dihempap dan dicederakan dalam insiden melibatkan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Berkemungkinan lumpuh kekal

Kata Dr Mohd Hafidz, peniaga terbabit berkemungkinan alami lumpuh kekal dan dalam masa ini, dirinya perlu berehat sepenuhnya serta dilarang untuk melakukan kerja berat dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

Advertisement

Hasil laporan perubatan ini menunjukkan ‘T12 kemik’ atau compressed, banyak komplikasi dan yang paling kita risau sekali, dia mula rasa kebas dan pesakit tidak dapat mengawal kencing.

abang belon dan dbkl

Dalam pada itu, Muhammad Za’imuddin turut dijadualkan akan menjalani pembedahan bagi merawat hernia di bahagian skrotum yang difahamkan semakin membesar sejak 18 April ini.

Kesakitan dianggar berada di skala lapan dan sembilan

Namun, sejak insiden itu, pembedahan berkenaan terpaksa ditanggungkan dan kini tumpuan rawatan diberikan kepada tulang belakang T12.

abang belon dan dbkl

‘Abang belon’ anggarkan kesakitan yang dihadapi olehnya ketika ini berada di skala lapan dan sembilan kerana ia melibatkan saraf di bahagian serta kanan.

abang belon dan dbkl
1 day ago

Nak Pertahankan Diri & Maruah Keluarga, Abang Belon Nekad Buat Laporan Polis - "Saya Akan Lawan, Perkara Ini Zalim.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...