“Cecah RM1.8 Juta..” – Satu Dalam Seribu, Bos Belanja 31 Kereta Buat Pekerja Sebagai Tanda Terima Kasih

Kehidupan

“Cecah RM1.8 Juta..” – Satu Dalam Seribu, Bos Belanja 31 Kereta Buat Pekerja Sebagai Tanda Terima Kasih

Baru-baru ini, pemilik restoran Warakuya Japanese Restaurant dan Superstar Family KTV di Malaysia mengejutkan orang ramai selepas sanggup memberi hadiah mewah buat pekerjanya sebagai tanda hargai.

Hadiahkan kereta mewah tanda terima kasih

Melalui laporan China Press, bagi menunjukkan penghargaan buat empat pekerja veteran yang telah lama berkhidmat, pemilik restoran itu telah menghadiahkan sebuah kereta berjenama BMW, di mana kos keseluruhannya mencecah RM1.8 juta.

Advertisement

Empat kereta BMW ini adalah untuk empat orang ‘veteran’ yang telah lama bersama-sama membangunkan syarikat, sebagai tanda terima kasih atas sumbangan besar mereka.

Lesen untuk pekerja asing akan ditanggung

Bukan hanya menghadiahkan kereta BMW, malah bos pemurah itu menghadiahkan kereta kepada pekerja lain yang berjaya dinaikkan pangkat, termasuk pekerja asing.

Difahamkan, jenama kereta yang dibelikan adalah Audi, Toyota, Honda dan Proton dan hadiah itu mengikut keperluan serta pangkat masing-masing.

Buat pekerja asing yang tidak mempunyai lesen, bos restoran tersebut akan menanggung kos ujian memandu sehingga peroleh lesen yang sah.

shuib bubble bee didenda tak bayar socso kwsp
1 month ago

"Bayar Hak Pekerja Jangan Sibuk Buat Podcast" - Bubblebee Didenda RM17,500 Gara-Gara Tak Bayar Tunggakan Caruman Perkeso

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...