Kisah membabitkan bekas isteri penyanyi Virgoun, Inara Rusli, dan rakan perniagaannya, Insanul Fahmi, terus menjadi panas selepas episod baharu hubungan mereka terbongkar.
Jika sebelum ini isteri pertama Insanul, Wardatina Mawa, tampil mendedahkan dakwaan suaminya menjalin hubungan sulit dengan Inara lengkap dengan laporan polis mengenai perselingkuhan dan zina kini situasi menjadi lebih kelam-kabut.
Dalam satu temubual di podcast Richard Lee, Insanul akhirnya mengaku dia sudah menikah dengan Inara sejak Ogos lalu, dan lebih mengejutkan, dia turut mengakui menipu wanita itu dengan mendakwa dirinya seorang duda.
Ironinya, tanpa disedari Inara kini sebenarnya hidup berpoligami bersama Wardatina.
Menurut laporan InsertLive, sebaik mengetahui perkara sebenar, Inara pernah meminta untuk berpisah setelah mendapati dirinya bermadu. Namun Insanul mendakwa dia berjaya memujuk Inara agar meneruskan perkahwinan mereka.
“Waktu itu dia (Inara bilang) ‘Sudah saya tidak mahu teruskan (nikah poligami)’. Tapi saya pujuk dan yakinkan dia, jadi dia setuju. Mawa juga pernah izinkan saya poligami,” kata Insanul.
Pengakuan itu dilakukan bagi menepis dakwaan bahawa dia dan Inara berzina, susulan rakaman CCTV yang menunjukkan mereka melakukan perbuatan tidak senonoh di tingkat tiga kediaman Inara rakaman yang didakwa menjadi bukti utama Wardatina dan pihak Virgoun.
Dulu ‘Disondol’ Kini ‘Menyondol’, Inara Rusli Didakwa Berhubungan Sulit Dengan Suami Pempengaruh
Insanul menjelaskan CCTV tersebut dirakam selepas mereka bernikah.
“Itu CCTV di rumah Inara. Makanya kita bingung juga, siapa yang sebarkan. Kami bukan takut masalah kami berbuat hal yang berdosa, kami suami istri. CCTV itu video tanggal 8 Ogos, setelah menikah,” katanya.
Buat masa ini, Inara masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai kemelut rumah tangganya yang kini menjadi perhatian ramai.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
